Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hanya 3 Kekal, FAM...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim disahkan sebagai...

Kes Dadah: Anak Husam...

KOTA BHARU - Anak lelaki Datuk Husam Musa mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Usaha Dari Bawah, Raysha...

PELAKON baharu Raysha Rizrose memberitahu bahawa dia tidak berasa terkilan apabila namanya masih...

Produk Penjagaan Kulit Halal...

KUALA LUMPUR - Momohime, rangkaian barangan penjagaan kulit halal yang diperbuat secara eksklusif...

Menjawab Tulisan Ds Azman Ujang Pengerusi Bernama

SAYA  tidak membeli dan membaca akhbar The Sun. Tetapi ada orang forward kepada saya artikel yang ditulis oleh Datuk Seri Azman Ujang dalam kolumnya di akhbar berkenaan. DS Azman adalah Pengerusi BERNAMA yang dilantik atas persetujuan DS Najib semasa dia menjadi Perdana Menteri. Sudah tentu dengan tulisannya itu dia akan kekal sebagai Pengerusi BERNAMA. Nasibnya tidak akan sama seperti bekas bekas yang lain iaitu Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Pesuruhjaya SPRM, Pengerusi PNB dan lain lain yang ditekan untuk meletak jawatan.

Azman Ujang memuji langit Kerajaan PH hari ini sebagai “moving forward” dan terbaik. Dia juga memuji langit Lim Guan Eng dan Dr Maszlee Malik. Dia mahu “balanced Malaysia” sebagai moving forward diperluaskan bahkan meminta Dr Maszlee melantik pula Naib Canselor bukan Melayu di Universiti Awam Malaysia. Dia memuji Liew Chi Tong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan mencadangkan Malaysia Baru mengguna polisi baru iaitu “meritokrasi”.

Dalam konteks Malaysia Azman lupa soal menyamaratakan padang permainan adalah keutamaan dan bukannya setakat kuota jawatan yang dipegang. Dia patut menegur Dr Maszlee supaya menumpu kepada soal “Dasar Pelajaran” bukan isu remeh seperti pakai “kasut hitam”. Kalau soal kuota jawatan maka dia patut mendesak Dr Maszlee memaksa universiti swasta di Malaysia (IPTS) melantik Bumiputra sebagai Naib Canselor di IPTS. Pernahkah dia membuat kajian berapa ramai Bumiputra memegang jawatan penting di IPTS termasuk di syarikat syarikat gergasi milik bukan Melayu?

Dia memperjuangkan meritokrasi tetapi sedarkah dia padang permainan banyak yang belum sama rata. Dia berasal dari Sarawak. Sepatutnya dia tahu banyak lagi sekolah sekolah pedalaman yang daif wujud. Banyak lagi sekolah pedalaman dalam kategori P3. Azman perlu bawa Dr Maszlee melawat ke sekolah sekolah pedalaman ini. Sebab itu Kerajaan BN dulu memperkenalkan dasar “Transformasi sekolah pedalaman”. Dasar ini perlu diteruskan. Saya pernah berjalan kaki lapan jam ke SK Saliliran Nabawan Sabah. Sebab itu Maszlee dan Azman patut tumpu kepada isu mendasar ini bukannya isu komestik seperti kasut hitam dan mengiktiraf sijil UEC.

Saya percaya Azman Ujang bermain golf. Dia pun tahu dalam sukan golf ada handicap. Mana boleh pemain handicap 1 berlawan dengan pemain handicap 20. Itu tidak adil. Itu maksud padang permainan yang tidak sama rata (level playing field). Sama juga dengan sukan tinju. Mana boleh peninju kategori heavyweights berlawan dengan peninju kategori lightweights atau pelari 100 meter paralimpik bersaing dengan pelari 100 meter olimpik.

Azman memuji langit Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan terbaik? Apa yang hebat nya? Isu hutang negara pun dia berbelit belit sehingga banyak pelabur asing menarik diri dan kurang berminat dengan Malaysia. Bahkan Bloomberg telah mengkritik Guan Eng kerana menjadi Menteri yang banyak cakap sehingga warga asing menarik keluar stok mereka selama 13 hari berturu turut.


Azman Ujang juga puji Lim Guan Eng kononnya melakukan banyak penjimatan. Kalau penjimatan, akhbar The Sun muka depan (23.7.2018) memaparkan kerajaan Pulau Pinang akan memohon soft loan daripada kerajaan Pusat untuk projek mega di Pulau berkenaan. Apakah Guan Eng akan luluskannya apatah lagi ia melibatkan projek semasa dia menjadi Ketua Menteri dulu. Azman jangan lupa Guan Eng pernah dikritik kuat kerana kos kajian impak dan reka bantuk pembinaan terowong bawah laut Pulau Pinang terlalu mahal iaitu sebanyak RM305 Juta dan kenapa suarikat pereka fesyen (VOIR) menjadi rakan kongsi untuk membina terowong tersebut.

Dan kalau meritokrasi adalah gagasan DS Azman, dia sepatutnya mengkritik perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan kerana dia ada kes Mahkamah yang sedang dibicarakan. Apatah lagi ia melibatkan kes rasuah. Maka apakah meritokrasi yang diperjuangkan oleh Azman Ujang. Tahniah kalau DS Azman terus kekal di BERNAMA.

Oleh: Mohd Puad Zarkashi

Kategori