Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Tidak Ikut Rentak...

"BANYAK kesilapan dia  tapi dia tak jawab... bila tanya tahu… jawab tak tahu...

37 Individu Ditahan Atas...

KUCHING - Polis menahan 37 individu termasuk lima warga asing atas kesalahan berjudi...

Perlis, Sarawak Dan Labuan...

PUTRAJAYA - Perlis, Sarawak dan Labuan akan beralih kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan...

Ronaldo Jadi Penyelamat Maruah...

CRISTIANO Ronaldo menjadi penyelamat buat Real Madrid dengan sepakan penaltinya, sekali gus membawa...

Menteri Saja Buat Kecoh Isu Kasut Hitam

SEJAK awal lagi pengumuman semua murid sekolah dikehendaki memakai kasut hitam menggantikan kasut putih yang menjadi sebahagian uniform sekolah di sekolah awam sudah memeningkan.

Oleh kerana keputusan diumumkan secara tiba-tiba oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, masyarakat disibukkan dengan perbincangan tentang pelaksanaannya tahun depan.

Isu warna kasut menjadi topik besar perbincangan isu pendidikan ekoran kenyataan oleh menteri pendidikan tempoh hari.

Hasilnya, ibu bapa dan peniaga terkejut dengan keputusan tidak semena-mena ini, yang tidak dibincangkan tetapi hanya diumumkan secara tiba-tiba oleh menteri.

Isu kasut hitam ini kelihatan dijadikan isu untuk menenggelamkan cerita pengiktirafan sijil pendidikan sekolah swasta Cina (UEC) yang ditentang hebat.

Malah, isu ini juga menimbulkan persoalan tentang prioriti menteri pendidikan, pada masa banyak isu lebih penting lain termasuk beg berat masih tidak dilesaikan.

Kemudian, selepas kecoh selama beberapa hari, Maszlee mengumumkan keputusan akan dilonggarkan selama setahun.

Katanya, tahun depan, keputusan dilaksanakan secara longgar sebelum pelaksanaan penuh tahun berikutnya.

“Bagi ibu bapa yang sudah bersedia menukar kasut hitam murid untuk ke sekolah tahun hadapan, kita alu-alukan namun kementerian akan beri kelonggaran selama setahun bagi pelaksanaannya.

“Kementerian faham kebimbangan ibu bapa serta keluarga terutama golongan pendapatan rendah dan tidak akan menguatkuasakan dasar baharu kasut hitam serta-merta selain pihak industri yang mempunyai stok kasut putih yang baharu.

“Tiada tindakan disiplin bagi murid dan pelajar yang masih menggunakan kasut putih tahun depan dan kita akan beri masa secukupnya,” katanya dilapor media hari ini.


Kenyataan hampir “u-turn” ini membuktikan yang kenyataan awal tempoh hari dibuat bukan berdasarkan kajian yang mendalam, dan tidak melibatkan perbincangan dengan pihak-pihak lain.

Jelas bahawa isu menukar kepada kasut hitam hanya didengari pada hari menteri pendidikan mengumumkan keputusan tersebut.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan keputusan itu dibuat berdasarkan kehendak peribadi menteri pendidikan berdasarkan perbincangan dengan beberapa pihak yang rapat dengannya.

Tidak keterlaluan juga kalau dikatakan menteri pendidikan melonggarkan pelaksanaan peraturan kasut hitam ini ekoran tentangan pihak peniaga yang marah kerana stok kasut putih mereka akan tidak laku.

Persatuan peniaga Cina telah bersuara menuntut kementerian pendidikan memberikan tempoh untuk peralihan ini supaya perniagaan mereka tidak terjejas.

Nampak mudah menteri pendidikan mengubah ketetapan apabila menerima saranan golongan peniaga.

Kenyataan Maszlee melonggarkan pelaksanaan peraturan kasut hitam itu serta merta selepas persatuan peniaga membuat tuntutan ini.

Apa yang jelas ialah keputusan ini telah menimbulkan satu kekecohan yang tidak perlu, dan kenyataan menteri dibuat secara tergesa-gesa, yang terbukti apabila beliau segera menangguhkan penguatkuasaan penuhnya. – Mynewshub.tv

Kategori