Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kru Cemas, Kapal Dilanggar...

JOHOR BAHARU - Dua belas kru dan seorang kapten dalam dua kapal berhadapan...

Manifesto BN Kedah Beri...

GURUN – Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan pembinaan Pusat Latihan...

SKMM Sekat Lebih 3,000...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat sebanyak 3,110 laman...

Permaisuri Johor Ziarah Pusara...

KOTA TINGGI - Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menziarahi pusara Mohamad...

Mohd Shahar Tekad Perkasa Pemuda UMNO

AHLI Parlimen Paya Besar, Kuantan, Pahang, Mohd Shahar Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO akan berusaha memperkasakan sayap itu menjadi tulang belakang parti.

Mohd Shahar yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, berkata beliau berterima kasih kepada kepemimpinan parti khususnya Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki atas kepercayaan itu.

“Meskipun dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini tidak memihak kepada saya, tidak pernah saya menyimpan walau sekelumit perasaan amarah atau kecewa terhadap parti kerana sesungguhnya sifat kekeluargaan yang menebal dalam UMNO melebihi segala kedudukan dan jawatan dipertandingkan.

“Pelantikan ini juga bagi saya adalah satu manifestasi yang memberi mesej bahawa UMNO sedang melakukan pembaharuan di peringkat dalaman demi merealisasikan kehendak rakyat yang ingin parti ini berubah dengan arah tuju lebih dinamik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berjanji akan menggalas amanah itu dengan sebaik mungkin bagi membantu Asyraf Wajdi serta kepemimpinan yang lain bagi memperkasakan pergerakan itu untuk menjadi tulang belakang utama parti.


Mohd Shahar tewas kepada Asyraf Wajdi dalam pertandingan mengisi jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan barisan kepemimpinan tiga sayap, 23 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mohd Shahar yang kali pertama bertanding berjaya memenangi kerusi Parlimen Paya Besar dengan majoriti 5,742 undi.

Beliau mendapat 19,033 undi menewaskan calon PKR, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang mendapat 11,776 undi dan calon PAS, Mohd Azhar Mohamad Nor, 13,291 undi. -BH ONLINE

Kategori