Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Larangan Ke Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Larangan perjalanan ke Korea Utara yang dikeluarkan Kementerian Luar, tepat...

Dawos Serah Keputusan Tanding...

KOTA SAMARAHAN – Anggota Parlimen Mambong, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit masih...

Siapa ‘Budak-Budak Kecil’ Nak...

PETALING JAYA - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelar individu yang mempersoalkan kesetiaannya...

F1: SIC Yakin Capai...

SEPANG - Peminat Formula Satu (F1) di negara ini digesa supaya tidak melepaskan...

Najib Gembira Pulang Rumah Jumpa Kiki

LEGA… Meskipun melalui hari yang panjang sejak semalam berikutan penahanan dan pendakwaan berkaitan syarikat SRC International Sdn. Bhd., namun Datuk Seri Najib Tun Razak tetap gembira.

Bekas perdana menteri tersebut malahan masih lagi mampu tersenyum apabila dapat meluangkan masa sejenak dengan kucing kesayangannya, Kiki setelah pulang dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur lewat petang Rabu.

Menerusi catatan dalam akaun Instagram milik anaknya, Ashman, mantan presiden UMNO itu kelihatan tenang dan tersenyum sambil memegang mamalia comel berwarna putih kekuningan di kediaman beliau di pinggir ibu kota.

Ashman turut menzahirkan kesyukuran atas kepulangan Najib ke rumah keluarga mereka di Jalan Langgak Duta tersebut selepas semalaman ditahan di lokap ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya.

Baca: Gambar Kucing PM Curi Tumpuan Netizen

“Alhamdulillah, telah pulang ke rumah bersama dengan keluarga ‘daddy’. Kiki sangat merindui kamu,” katanya sambil mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat sebelum diakhiri dengan tanda pagar doa untuk Najib.


Media hari ini melaporkan Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas empat tuduhan melakukan pecah amanah dan penyalahgunaan jawatannya ketika itu membabitkan nilai keseluruhan RM42 juta.

Najib bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta menerusi dua penjamin manakala pasport biasa serta pasport diplomatik beliau diserahkan kepada pihak mahkamah sebagai syarat jaminan. – Mynewshub.tv

Kategori