Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Boeing Unjur Serahan Pesawat...

KUALA LUMPUR - Boeing mengunjurkan permintaan yang kukuh untuk pesawat baharu komersil tahun...

PRU14: Pelanggan Insurans MSIG...

KUALA LUMPUR – MSIG Insurance (Malaysia) Bhd kini memberi kemudahan untuk pelanggan insurans...

Baby Hatch Hanya Pilihan...

PETALING JAYA - Peti pelindung bayi atau 'baby hatch' adalah pilihan terakhir kepada...

MCMC Laksana Polisi Tiada...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keputusan untuk melaksanakan...

“Najib Fikir Rakyat Sebaik Bangun Tidur” – Anak

KUALA LUMPUR – Nooryana Najwa iaitu anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menggesa rakyat Malaysia meluangkan ingatan mengenai ayahnya yang kini berada dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selama 42 tahun, beliau (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehingga tidur malam semula. Marilah kita memikirkan tentangnya sekali ini ketika beliau sangat memerlukan kita

“Marilah kita ingati beliau buat sekali ini tatkala beliau amat memerlukan kita. Anda boleh mengaibkan seseorang tapi Allah tahu.

“Kalau ini boleh berlaku kepada pemimpin kita, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja dalam kalangan kita, namun kami percaya Allah tidak tidur,” katanya dalam paparan Instagram beliau.


Tambah Nooryana, tidak ada yang lebih peramah, menyayangi atau selembut bapanya, yang beliau sifatkan sebagai seorang yang memiliki kekuatan emosi dan mental tinggi berbanding orang lain.

“Walaupun menghadapi ujian getir hari ini, beliau masih tersenyum, ketawa dan memeluk kami, beliau lebih risaukan keluarga berbanding diri sendiri,” katanya dalam paparan Instagram yang turut menunjukkan memegang seorang bayi, berserta petikan #freenajib #respectcivilliberties #thestruggleisreal #pray4dsn. – BERNAMA

Kategori