Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jabatan, Agensi Diminta Bijak...

KOTA BHARU – Jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan yang beroperasi di Kelantan perlu...

Mayat Jamal Khashoggi ‘Dilarutkan’

ANKARA – Mayat wartawan, Jamal Khashoggi ‘dilarutkan’ selepas dia dibunuh dan dikerat-­kerat di...

Insiden Pasir Gudang Tidak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan insiden pencemaran udara...

Marina Hadapi Saingan Tiga...

JOHOR BAHRU : Calon Pakatan Harapan (PH) Marina Ibrahim ditentang dua calon lain...

Najib Selamat Tiba Di Kompleks Mahkamah KL

TENANG… Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk pendakwaan berhubung kes dana SRC International Sdn. Bhd., bekas anak syarikat 1MDB.

Anggota Parlimen Pekan itu tiba pukul 8.17 pagi di Kompleks Mahkamah dengan menaiki kereta Proton Inspira berwarna merah yang diiringi beberapa kenderaan serta motosikal polis.

Sebaik tiba di kompleks berkenaan, Najib dikawal ketat dengan diiringi pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke bangunan mahkamah.

Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu dilihat memakai sut lengkap berwarna gelap, kemeja biru dan bertali leher.

Beliau kelihatan tenang ketika berhadapan dengan pihak media serta orang ramai.

Perkarangan mahkamah juga gamat dengan laungan seperti “Bebas Najib” dan “Hidup Najib” oleh para penyokongnya sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.


Kira-kira 100 penyokong Najib termasuk anggota UMNO berkumpul di perkarangan lokasi itu sejak pukul 7.00 pagi lagi.

Semalam, Pasukan  Petugas Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. – BERNAMA

Kategori