Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Caj 90 Sen Bil...

KUALA LUMPUR - Caj sebanyak 90 sen yang dikenakan ke atas penduduk Pulau...

Mengapa Bersih Perlukan Kontroversi...

HAD maksimum untuk kaum Cina menunjukkan kuasa jalanan hanyalah dalam Bersih 3.0 pada...

Majikan Utamakan Keselamatan Dan...

SEREMBAN - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perladangan, Sumber Manusia dan Kampung Baru Negeri Sembilan...

1,810 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini mencatatkan 1,810 kes baharu...

Nanas Madu Kaca Didaftarkan Varieti Baharu

PASIR MAS – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berharap spesies nanas yang ditanam di negeri ini yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Nanas Sarawak’, dapat didaftarkan sebagai varieti baharu buah-buahan itu dengan nama ‘Nanas Madu Kaca’.

Pengarah LPNM Kelantan Mohd Zamani Abd Ghani berkata walaupun nanas tersebut dianggap sebagai nanas varieti Sarawak namun pemerhatian agensi itu mendapati terdapat perbezaan ciri-ciri morfologi pokok dan buah terutama isinya yang mempunyai bentuk seperti kaca.

“LPNM berhasrat untuk mendaftarkan Nanas Madu Kaca ini sebagai varieti nanas berdaftar kebangsaan seperti sembilan varieti nanas lain yang telah didaftarkan mengikut siri AC iaitu AC1 Moris, AC2 Sarawak, AC3 Gandul, AC4 Maspine, AC5 Josapine, AC6 Yankee, AC7 Moris Gajah, AC8 N36 dan AC9 MD2.

“Sekiranya nanas madu kaca ini berjaya didaftarkan ia akan dikenali sebagai sebagai AC10 Madu Kaca,” katanya kepada pemberita selepas melawat ladang nanas di Kampung Gual Soseh, Rantau Panjang di sini, hari ini.

Hadir sama, sepasukan pegawai Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya yang diketuai Penolong Pengarah, Ahmad Yusuf Mohd Kamil yang membuat pencirian mengenai Nanas Madu Kaca tersebut.

Antara ciri Nanas Madu Kaca ini ialah mempunyai rasa lebih manis berbanding nanas-nanas lain dan amat sesuai sekiranya dimakan secara segar.

Mengulas lanjut, Mohd Zamani berkata buat masa ini, nanas varieti berkenaan dijual dengan harga RM2 sekilogram kepada pemborong manakala RM4 sekilogram untuk jualan runcit.

Beliau berkata bagaimanapun harga nanas ini mungkin meningkat jika ia berjaya didaftarkan sebagai varieti baharu kerana ia berada dalam kategori nanas premium.

“Pasaran nanas adalah sangat baik terutamanya di kawasan setempat selain Terengganu, Pahang dan Kedah dan kaedah pengurusan nanas ini juga tidak sukar berbanding nanas jenis lain dan berpotensi untuk dikembangkan dan dipromosi sebagai satu daripada nanas premium selain AC9 MD2,” katanya.

Katanya pada 2017, jumlah keluasan tanaman nanas di Kelantan mencecah 202 hektar dengan separuh daripadanya adalah di sekitar jajahan ini dan ia sering ditanam secara integrasi bersama getah ataupun kelapa, dengan nilai pengeluaran sekitar RM5 juta setahun dan jumlah purata pengeluaran sekitar 4,000 tan setahun.


“LPNM turut menyediakan geran bantuan penanaman nanas bagi pekebun kecil iaitu melalui Program Pengukuhan Tanaman, Program Integrasi Nanas dan Program Tanaman Nanas Premium dengan bantuan berjumlah RM5,400 hingga RM63,000 untuk input pertanian dan anak benih.

Sementara itu, pekebun nanas, Ismail Mat Zain, 53, berkata beliau mulai menanam nanas pada tahun 90-an di kawasan tanah seluas enam hektar.

Katanya beliau mampu memperoleh pendapatan yang lumayan hasil jualan nanas kerana penjagaannya yang mudah.

“Pekebun hanya perlu menjaga kebersihan kebun dengan membuang rumput, membubuh baja dan tidak perlu dijirus. Selepas 16 bulan tanaman ini boleh dituai iaitu pemborong datang terus ke sini untuk membelinya,” katanya.

Seorang lagi pekebun nanas, Rosmadi Said, 58, berkata beliau sudah menanam 500,000 anak benih nanas dan hasilnya dijangka mampu mencecah 250 tan.

Katanya nanas berkenaan tidak mempunyai masalah dari segi pasaran dan berharap agar varieti tersebut dapat didaftarkan sebagai varieti baharu sekaligus memberi kelebihan kepada pekebun kerana harganya dijangka akan melonjak. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori