Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Letak Jawatan Presiden...

RASMI... Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai...

Mansuh Hukuman Mati Mandatori,...

KUALA LUMPUR – Pemansuhan hukuman mati mandatori tidak bermaksud hukuman mati di bawah...

Bung Moktar Tawar Diri...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menawarkan diri...

Pemuda PAS Tuntut Nga...

KOTA BAHARU - Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menuntut anggota Parlimen Taiping,...

Nasi Uduk ‘Kembar’ Nasi Lemak Di Indonesia

JIKA di Malaysia, nasi lemak memang jadi kegemaran ramai, namun berbeza di Indonesia pula, nasi uduk tetap pilihan jutaan rakyatnya. Bukan sahaja dua hidangan ini ada persamaan tertentu,

Masing-masing sangat popular sehinggakan rangkaian restoran makanan segera McDonald’s perkenal burger nasi lemak di Malaysia manakala set nasi uduk pula disenaraikan dalam menunya untuk tempoh terhad di Indonesia.

Nasi uduk yang asalnya daripada Jakarta sebenarnya adalah makanan tradisi masyarakat Betawi yang merupakan penduduk asal kota raya itu. Bagaimanapun, nasi uduk kini boleh dinikmati di seluruh Indonesia.

Di pantai timur Sumatera, nasi lemak sangat popular dalam kalangan penduduknya yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu. Nama nasi lemak mungkin diambil berdasarkan kepada rasa lemak santannya,

Manakala nama nasi uduk pula dikatakan daripada perkataan ‘uduk’ yang bawa maksud susah kerana pada zaman dulu ia adalah makanan orang susah. Namun ada juga menyatakan ia berasal bahasa Sunda, bermaksud bersatu atau bercampur.

RAMUAN MEMBEZAKAN RASA

Persamaan utama antara nasi lemak dan nasi uduk adalah kedua-duanya menggunakan santan. Perbezaannya pula adalah bahan-bahan yang ditambah ketika menyediakan nasi serta hidangan sampingan.

Untuk penyediaan nasi lemak, beras ditanak bersama santan, daun pandan, garam dan beberapa keping halia, manakala bagi nasi uduk pula, ramuan tambahan selain beras dan santan adalah daun salam, daun pandan, serai, daun limau, secubit gula dan garam.

Nasi akan lebih sedap sekiranya beras yang ditanak bersama pelbagai ramuan itu dikacau apabila separuh dimasak. Petua ini boleh digunakan untuk kedua-duanya, nasi lemak dan nasi uduk. Selain ditanak, nasi lemak mahupun nasi uduk juga boleh disediakan dengan cara mengukus.

Kedua-duanya, nasi lemak dan nasi uduk, akan mengeluarkan aroma wangi yang cukup kuat untuk memikat selera. Nasi pula dibungkus dengan daun pisang supaya aromanya tahan lama.


HIDANGAN SAMPINGAN

Nasi lemak atau nasi uduk, tentu saja tidak lengkap tanpa sambal pedas. Nasi uduk dihidangkan dengan sos kacang pedas bersama hidangan sampingan termasuk telur goreng, ayam goreng, hirisan timun dan tempe goreng, dan sedikit taburan bawang goreng.

Ada juga yang menambah hidangan sampingan lain seperti tauhu goreng dan bihun goreng. Hidangan asal nasi lemak biasa termasuk sambal pedas, telur rebus, ikan bilis, kacang goreng dan hirisan timun.

Namun kini terdapat hidangan sampingan lain yang boleh ditambah seperti sambal udang, sotong, ayam, daging rendang dan lauk-pauk lain.

Jika dahulunya nasi lemak, mahupun nasi uduk dimakan sebagai sarapan, kini ia disediakan bukan sahaja pada waktu pagi malah untuk makan tengah hari atau makan malam. Di Indonesia, nasi uduk turut disajikan di majlis perkahwinan.

Dahulunya, nasi uduk yang dibungkus dengan daun pisang hanya dijual di pasar di sekitar Jakarta sehinggalah pada akhir 1960-an, sebuah kedai nasi uduk dibuka di Kebon Kacang, Jakarta. Kedai itu masih dibuka hingga ke hari ini.

Di Jakarta, masih ada penjaja yang menjual nasi uduk menggunakan gerobak. Harga satu paket nasi uduk dengan sepotong ayam goreng, telur goreng dan tempe sekitar 15,000 rupiah (kira-kira RM4). – BERNAMA/Mynewshub.TV

Kategori