KUALA PERLIS – Seorang nelayan meninggal dunia, dipercayai akibat serangan jantung dalam botnya semasa di laut berhampiran Sungai Berembang, Kuala Perlis dekat sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian pukul 8.20 pagi, identiti mangsa yang hanya dikenali sebagai Azman, 40, warga tempatan dikatakan rebah serta tidak sedarkan diri ketika berada dalam bot yang dinaiki bersama seorang lagi rakannya.
Wari Kiew berkata dengan bantuan dua nelayan lain, mangsa kemudian dibawa ke pelantar nelayan di Kampung Kurong Tengar, Kuala Perlis dekat sini.
āKetika di pelantar, mangsa disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF),ā katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata kes masih disiasat dan jenazah dihantar ke HTF. – BERNAMA
*Sekadar Video Hiasan..