KECOH seketika laman sosial gara-gara satu video yang membabitkan dua penyanyi dangdut iaitu Ifa Raziah dan juga Sheeda bertegang lidah.
Mungkin ada yang kenal atau mungkin ada yang tidak kenal. Namun apa yang menarik, video tersebut sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata.
Baca: Ifa Raziah Buat Laporan Polis Disentuh Sheeda
“Memang kami dah lama tidak bertegur sapa sebelum ini tapi kami sudah pun berdamai. Kami hanya bergurau jadi korang semua jangan nak serious sangat okay,” jelas Sheeda melalui muatnaik di laman sosial tersebut.
Setelah puas peminat dan juga warga laman sosial lain yang turut menyibuk meninggalkan ribuan komen, Sheeda kemudiannya memuatnaik video terbaru yang menampilkan mereka kembali berbaik semula selain turut menyatakan apa yang dikongsikan sebelum ini hanyalah lakonan semata.
Perkara itu sebelum ini dihangatkan lagi dengan kenyataan Ifa sendiri yang menyatakan bahawa dia telah membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut namun sehingga kini setelah video tersebut dimuatnaik tidaklah diketahui sejauh mana kenyatannya itu.
Nampaknya pelbagai cara promosi dan gimik digunakan oleh selebriti tanah air ketika ini demi mempromosikan apa jenis drama mahu pun produk. Apa yang pasti, ternyata segelintir warga laman sosial yang tertipu bengang dengan lakonan tersebut. – www.rotikaya.com