Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 4 Individu,...

SEREMBAN - Polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berumur...

Peniaga Dilarang Jual Juadah...

KANGAR - Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) melarang...

TLJCC Beroperasi Menjelang Akhir...

JOHOR BAHRU – Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCC), yang pembinaannya akan bermula...

Napoli Tolak Bidaan 80...

MANCHESTER United mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat bintang...

NGO Felda Sedia Bantu Selesai Isu Hutang Peneroka

KUALA LUMPUR – Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) bersedia membantu kerajaan dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam mencari penyelesaian isu hutang peneroka yang didakwa mencecah purata RM100,000 seorang.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata isu hutang peneroka itu perlu ditangani segera memandangkan ia juga antara janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang dibuat Pakatan Harapan (PH) kepada warga Felda.

“Perkara ini perlu dimulakan dengan semakan jumlah sebenar keseluruhan hutang peneroka oleh Felda…apabila dapat jumlah sebenar barulah kerajaan (PH) akan dapat laksanakan janji 100 hari (pentadbiran) mereka.

“Ini merupakan tanggungjawab Felda dan MPNF untuk sama-sama selesaikan isu hutang peneroka dan selepas janji itu ditunaikan kerajaan, satu mekanisme perlu dilaksanakan agar hutang peneroka dapat dikecilkan serta projek tanaman semula tidak lagi menjadi beban kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perjumpaan pertama dengan pihak pengurusan Felda di Menara Felda, di sini, hari ini yang juga dihadiri Presiden Majlis Belia Felda Malaysia Muhammad Fadzil Hasan dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Suara Generasi Ke-2 Felda Jamaluddin Ahmad.

Turut hadir Pengerusi Kami Anak FELDA (KAF) Fakrurrazi Habib, Presiden Majlis Belia FELDA (MBFM), Mohd Fadzli Hassan dan Sekretariat Majlis Permuafakatan NGO FELDA, Ridhuan Esa.


Dalam pada itu, Mazlan berkata pada mesyuarat itu, pihak pengurusan Felda juga telah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan isu Perumahan Generasi Baru Felda yang terbengkalai.

“Angka rasmi sebanyak 8,314 buah rumah sedang dibina dan ada rumah yang telah siap tetapi terdapat isu-isu teknikal seperti Indah Water Konsortium, api, air dan sebagainya.

“Namun kami difahamkan sebanyak 1,234 buah akan dapat disiapkan pada hujung tahun ini,” jelas Mazlan yang juga presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK). – BERNAMA

Kategori