Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Aliff Syukri Mengamuk Dilabel...

TIDAK keterlaluan kami katakan, populariti yang dikecapi pengasas produk kecantikkan dan penjagaan kesihatan D’Herbs, Datuk...

Anak Tertekan Hingga Tak...

RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan mengakui anaknya Aryan yang berusia 19 tahun berasa...

Selepas Hartawan Singapura, Lebih...

KUALA LUMPUR: Selepas hartawan hartanah Singapura, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil...

Hukum Renjis Air Ruqyah...

Kuala Lumpur : Hukum merenjis atau membilas kenderaan dengan air dibaca ruqyah mengandungi...

Nilai Ringgit Ke-4 Terburuk Di Asia!

JIKA dulu, Pakatan Harapan (PH) sering buat cerita jahat konon ringgit tidak laku di luar negara malah dakwa jemaah haji Malaysia kesal mata wang itu ditolak peniaga di Makkah dan Madinah.

Walhal fakta sebenarnya, ringgit ketika itu antara lima mata wang paling kukuh di pasaran global dan jadi pilihan pengurup asing di seluruh dunia kerana nilainya agak stabil di sebalik ketidaktentuan geopolitik antarabangsa.

Hari ini, selepas PH menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu, tohmahan fitnah blok politik itu menjadi kenyataan apabila ringgit muncul mata wang keempat terburuk di Asia.

Media antarabangsa melaporkan ringgit catat prestasi teruk selepas baht Thai, yuan China dan rupee India, apabila susut 4.6 pe­ra­tus antara April hingga Jun lalu ekoran pelbagai cabaran ekonomi semasa di peringkat domestik.

Ketua Penyelidikan Ambank, Dr. Anthony Dass menjangkakan ringgit terus terima tekanan terutama ketidaktentuan ekonomi global dengan ketika ini mata wang itu berada di bawah nilai berdasarkan kuasa pembelian tidak seimbang.

Namun, trend susut ringgit boleh dita­ngani jika faktor dalaman menunjukkan pertumbuhan ekonomi peringkat domestik, inflasi stabil, pula­ngan positif dan Bank Negara Malaysia (BNM) kekalkan kadar dasar semalaman (OPR).

“Dalam masa sama, sedikit kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) akan memberi kelegaan kepada ringgit. Tetapi, kita tidak boleh menolak cabaran yang timbul daripada krisis hutang oleh banyak negara ekonomi baharu muncul.

“Meskipun ekonomi ada lebihan akaun semasa, namun defisit fiskal dan hutang awam tinggi akan lonjak kelemahan ringgit jika ada sebarang krisis. Ia timbul jika Rizab Persekutuan AS jadi lebih agresif ketat kadar faedah mereka.

“Dengan faktor-faktor ini, kami jangka ringgit te­rus lemah antara lima hingga 10 peratus. Ini turut didorong oleh tekanan jangkaan OPR dikekalkan ataupun tidak sekalipun BNM ada ruang untuk mengurangkan kadar tersebut.

“Bank pusat tempatan itu dijangka mengekalkan pulangan yang positif memandang­kan kadar inflasi semasa secara kebetulan pula adalah rendah,” kata Anthony dalam nota kajian Ambank yang dikeluarkan di ibu negara hari ini.


Dalam sesi dagangan pagi, ringgit dibuka rendah pada RM4.0320 berbanding dolar AS berikutan laporan berita bahawa Presiden Donald Trump dijangka mengenakan tarif 10 peratus ke atas senarai eksport China.

Semalam ringgit ditutup pada paras RM4.0200 berbanding dolar AS. Sementara itu, menurut firma penyelidikan MIDF Research, keyakinan perniagaan tetap kekal lemah dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

Ini disebabkan perubahan dasar dan pembaharuan dilaksanakan kerajaan PH terutama semakan semula projek mega dan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan Laluan Tiga MRT.

Kata MIDF Research lagi dalam nota terbaharunya, ringgit juga berlegar sekitar RM3.90 hingga RM4 sejak akhir April 2018 di tengah-tengah ketidaktentuan dasar pihak kerajaan baharu, perubahan struktur dan faktor luaran.

“Kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan yang tampak agak pelik dan semakan berterusan dalam projek mega akan turut memberi tekanan kepada pasaran hingga menjejaskan prestasi ringgit pada bulan-bulan akan datang.

“Namun, kami menjangkakan keyakinan perniagaan kembali meningkat pada suku ketiga tahun ini apabila Bajet 2019 dibentangkan pada Oktober diikuti semakan pertengahan tahun Rancangan Malaysia ke-11 hujung tahun ini.

“Malaysia juga dijangka mencatat pertumbuhan Kelua­ran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi lima peratus dengan mengambil kira suku pertama KDNK, 5.4 peratus,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori