Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Reka Bentuk Punca Terminal...

SINGAPURA - Di sebalik gah sebagai negara maju, Singapura mendapat aib apabila Terminal...

KPKT Peruntuk RM1 Juta...

KOTA TINGGI - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersetuju memperuntukkan...

Sembunyi Maklumat COVID-19, Jejaskan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sekali lagi...

Maszlee Tinjau Sekolah Daif...

KOTA KINABALU - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melawat sekolah-sekolah...

Nilai Tambah Logo Tahun Melawat Malaysia 2020

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia beri nilai tambah kepada rekaan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang antaranya didakwa tampak tidak profesional dan sangat biasa.

Menterinya, Mohammaddin Ketapi berkata pihaknya mempunyai masa yang panjang untuk berbuat demikian sekiranya perlu sebelum logo itu digunakan dua tahun dari sekarang.

“Orang kata logo itu dikecam tetapi pada saya ia bukan begitu kerana setiap orang ada sudut pandang sendiri, malah kita ada masa sebelum 2020 untuk menambah baik rekaan sedia ada jika perlu,” katanya pada sidang media sempena pelepasan Lady Bikers Tourism Ride 2018 ke Johor di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Rashidi Hasbullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri Johor Liow Cai Tun.

Logo tersebut yang dilancarkan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Chiang Mai, Thailand sempena Asean Tourism pada awal tahun ini mencetus kontroversi apabila netizen memberi respon negatif terhadap rekaan itu selepas dilancarkan.

Mohamed Nazri bagaimanapun mempertahankan logo tersebut sambil bertegas ia akan diguna pakai untuk Kempen Melawat Malaysia 2020, yang menyasarkan kehadiran lebih 36 juta pelancong ke Malaysia serta dijangka mengutip dan meningkatkan pengaliran wang masuk ke dalam negara sebanyak RM168 bilion.

Mohammaddin berkata beliau, bagaimanapun sedia meneruskan dasar dan perancangan kementerian yang dirangka menteri terdahulu sekiranya ia ternyata memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Dalam pada itu, katanya beliau terbuka untuk bertemu dan berbincang dengan mana-mana pihak termasuk kumpulan penunggang motosikal besar yang gemar melakukan program pengembaraan mempromosi pelancongan dan budaya di seluruh negara.


“Pada saya ia usaha yang baik ke arah meningkatkan industri pelancongan domestik dan perbincangan itu mungkin boleh menyentuh hal berkenaan insentif yang boleh disediakan kementerian untuk golongan itu,” katanya.

Mengenai program Lady Bikers Tourism Ride 2018, beliau berkata ia adalah langkah yang bijak dan tepat kerana aktiviti jelajah bermotosikal kini memperlihatkan perkembangan yang sangat positif dan mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.

Program sebegini juga harus dijadikan sebagai strategi untuk memperluaskan kempen promosi produk pelancongan di sesuatu kawsan dengan cepat, murah dan berkesan kerana setia penunggang pasti memuat naik aktiviti mereka di pelbagai medium di media sosial, katanya.

Program tiga hari anjuran kerajaan negeri itu melibatkan konvoi 108 penunggang motosikal berkuasa tinggi wanita yang akan singgah di 14 lokasi menarik bagi mempromosi tarikan pelancongan di negeri itu. – BERNAMA

Kategori