Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ini Permulaan Mengakhiri Episod...

PUTRAJAYA - Selepas lebih setahun negara dilanda COVID-19, permulaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Polis Siasat Insiden Pergaduhan...

KUALA LUMPUR - Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung satu pergaduhan melibatkan...

Dakwaan Buah-Buahan Tin Thailand...

DAKWAAN mengenai buah-buahan dalam tin daripada Thailand mengandungi virus Human Immunodeficiency Virus (HIV)...

Harith Iskander Bawa Komedi...

INDUSTRI lawak di negara kita ini sudah semakin berkembang. Ini dapat disaksikan dengan...

Op Harapan Terima Maklum Balas Positif Masyarakat

KUALA LUMPUR – Pelancaran Operasi Harapan (Op Harapan) di 23 kawasan tumpuan orang ramai di seluruh negara sejak 1 Julai lalu dilihat mampu mengurangkan kadar jenayah di samping mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata sejak operasi itu dilancarkan, sebanyak 38,084 individu dan 23,641 kenderaan telah diperiksa ketika rondaan secara berjalan kaki oleh anggota dan pegawai terlibat.

Daripada jumlah tersebut, katanya, seramai 39 individu ditahan dan 15 didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan selain merampas pelbagai jenis dadah, senjata tajam dan peralatan pecah rumah.

Selain itu, polis turut merampas empat buah motosikal, peralatan menghisap dadah serta senjata seperti pistol angin buatan sendiri dan pisau, katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Mara Lasak di Markas Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata dengan pencapaian tersebut, beliau akan mengemukakan laporan kepada Ketua Polis Negara agar mempertimbangkan untuk meneruskan operasi ini dengan lebih banyak penambahbaikan.

“Selain fokus pencegahan jenayah, apa yang penting masyarakat rasa lebih selamat selepas operasi rondaan dimulakan,” katanya.

Zulkifli berkata sebagai usaha penambahbaikan, pihaknya akan cuba mengubah masa rondaan serta pengunaan aset udara seperti dron dan helikopter bagi memastikan usaha membanteras jenayah lebih berkesan.


Operasi yang julung kali diadakan itu turut melibatkan lima unit PDRM iaitu Unit Pergerakan Udara, Unit Berkuda, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Fasa pertama Op Harapan membabitkan 11 kontinjen, 25 ibu pejabat polis daerah (IPD) dan 59 balai polis dengan melibatkan 41 pegawai dan 1,133 anggota.

Dalam pada itu, Pertandingan Mara Lasak yang disertai 18 pasukan KDNKA itu telah dimenangi oleh Pasukan 69 Komando yang berjaya menamatkan ujian ketahanan tersebut.

Pertandingan itu melibatkan larian lasak sambil membawa beban seberat 10kg sejauh 20km.

Turut hadir Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), Datuk Mastor Mohd. Ariff dan Timbalan Pengarah KDNKA( Kepolisan Am), Datuk Abdul Aziz Yusoff. – BERNAMA

Kategori