Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KPN Sah Adib Dipukul,...

PENGESAHAN... Polis hari ini menyangkal dakwaan yang dibuat Badan Bertindak Kuil Sri Maha...

3 Pemilik Syarikat Rugi...

KUALA TERENGGANU: Tiga pemilik syarikat elektrik di daerah ini menjadi mangsa penipuan pembelian...

20 Tong Biru Disyaki...

PASIR GUDANG - Kira-kira 20 tong biru disyaki mengandungi bahan kimia ditemui selepas...

Qobin Selamat, Terus Semangat...

SYUKUR….. Keadaan penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin yang...

OP Mega : 13 Pati Ditahan Di Kubang Pasu

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam ‘Op Mega’ di lima lokasi berasingan di sekitar Kubang Pasu, hari ini.

Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata operasi yang bermula 11 malam hingga 4 pagi itu melibatkan pemeriksaan di rumah kongsi di Kampung Lama, Kampung Kandia, Kampung Tok Arang, Kampung Kubang Beruang dan Bandar Jitra, di sini.

“Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 46 PATI pelbagai warganegara dan daripada jumlah itu lima lelaki, dua wanita dan satu bayi lelaki Indonesia, tiga lelaki Bangladesh dan dua lelaki Myanmar berumur antara sebulan hingga 47 tahun ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa.

Zuhair berkata kesemua mereka ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

Kategori