Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Cikgu Bersara, Murid Wajib...

TIDAK lama dahulu, kecoh seketika menerusi media sosial mengatakan tugasan seorang guru adalah...

Covid-19 (25 Jun): 2,302...

Sebanyak 2,302 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,554,661.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Kereta Api Jarak Paling...

MADRID – Sebuah kereta api barang antarabangsa semalam muncul menjadi tren pertama terus...

Negara Ini Amat Miskin...

JUBA - Pada 9 Julai ini merupakan hari ulang tahun kemerdekaan yang kelima...

Op Soga : 17 Lelaki Ditahan Di Pahang

KUANTAN – Polis menahan 17 lelaki yang dipercayai terlibat dengan penganjuran perjudian sempena perlawanan Piala Dunia 2018 dalam Op Soga bermula 10 Jun lepas hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang SAC Othman Nanyan berkata kesemua individu berumur sekitar 30-an hingga 40-an itu, ditahan hasil 13 serbuan yang dijalankan di sekitar negeri ini.

“Kita juga merampas wang tunai sebanyak RM14,926, dipercayai untuk membuat pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia dengan nilai pertaruhan mencecah lebih RM200,000,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Dalam masa sama beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan perjudian itu dan polis akan terus melakukan pemantaun hingga kempen perlawanan bola sepak Piala Dunia berakhir pada 15 Julai ini. – BERNAMA

Kategori