Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sudah 10 ‘U-Turn’, Lepas...

DULU lain kini lain... Demi politik Tun Mahathir Mohamad sanggup menganut fahaman Niccolo Machiavelli,...

Ada Kemungkinan Pesawat AirAsia...

Kini terdapat kemungkinan bahawa pesawat AirAsia QZ8501, Indonesia yang hilang pagi tadi mungkin...

Akta Khusus Angkasa Lepas...

KUALA LUMPUR — Malaysia perlu mewujudkan satu akta khusus berkenaan angkasa lepas sebagai...

Fathia Belum Lagi Layak...

SIAPA tidak kenal dengan pengacara popular, Azwan Ali yang sememangnya tidak pernah sunyi...

Ozil Undur Skuad Jerman Dek Akrab Dengan Turki

BERLIN – Jika di Malaysia, Pakatan Harapan sibuk buang ketua jabatan dan syarikat kerajaan yang rapat dengan Barisan Nasional, lain hal di Jerman meskipun jalan ceritanya hampir sama sahaja.

Selepas persembahan teruk dalam Piala Dunia 2018 di Rusia, bintang Jerman, Mesut Ozil menjadi sasaran utama media negara itu sehingga beliau buat keputusan yang mengejutkan untuk tidak lagi menjarung skuad kebangsaan.

Sebelum ini, Ozil sudah mewakili negara Eropah tersebut sebanyak 92 kali dan berjaya menjaringkan 23 gol bagi membawa pasukannya pernah julang trofi paling berprestij antarabangsa itu ketika Piala Dunia 2014 di Brazil.

Namun kini, Ozil tidak hanya dikecam dan dilayan buruk oleh pihak media dan penyokongnya, tetapi juga pihak pengurusan Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) dan presiden persatuan tersebut sendiri, Reinhard Grindel.

Tidak itu sahaja, pemain berketurunan Turki berkenaan turut menerima sentimen kebencian daripada sikap perkauman tegar para pengkritik tempatan selain anti kepada golongan pendatang Muslim dari Asia dan Afrika.

Selepas titik hitam muncul dalam hidupnya, Ozil mengeluarkan kenyataan paling berkesan daripada seorang ahli sukan ternama selain petinju Islam-Amerika, Mohammad Ali yang pernah enggan direkrut sertai perang Vietnam.

“Di mata Grindel dan penyokongnya, saya orang Jerman apabila pasukan kami menang, tapi saya pendatang apabila kami kalah,” kata pemain berusia 29 tahun itu menggambarkan dua senario layanan yang berbeza diterimanya.

Ozil turut merujuk kepada perbahasan politik di negara itu yang terdapat 1.6 juta pendatang sejak pertengahan 2014. Isu ini menjadi modal utama kempen politik yang membangkang dasar Jerman berhubung isu berkenaan.

Ozil dan rakan sepasukannya, Ilkay Gundogan, yang juga berketurunan Turki; pernah dikecam teruk oleh ramai penyokong Jerman dalam beberapa perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia di Rusia sebelum ini.

Kecaman keras tersebut dibuat ke atas Ozil dan Gundogan hanya kerana mereka mengunjungi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di London, Britain menjelang pilihan raya umum negara Islam berkenaan pada Mei lalu.

Baca: 7 Muslim Bantu Perancis Julang Piala Dunia 2018

Mengulas gambarnya dengan Erdogan dalam pertemuan tersebut, Ozil menjelaskan bahawa ia bukanlah dibuat atas dasar politik atau kempen pilihan raya namun cuma sebagai menghormati pemimpin negara asal ahli keluarganya.

“Seperti ramai orang di Jerman sediri, keturunan keluarga saya memang pun berasal lebih daripada satu negara. Ketika hidup membesar di Jerman, latar belakang keluarga saya masih mempunyai akar yang kuat di Turki.


“Saya ada seorang berjiwa rakyat Jerman dan Turki,” katanya. Bapa Ozil, Mustafa yang berkongsi kekecewaan Ozil turut menyifatkan tindakan Ozil bergambar dengan Presiden Erdogan adalah sekadar atas dasar berbudi bahasa.

“Ozil merupakan seorang yang agak pendiam dan pemalu, bagaimana beliau boleh menolak permintaan daripada seseorang pemimpin asing dihormati seperti Erdogan untuk bergambar dengan dirinya?” soal Mustafa.

Dalam pada itu, menerusi kenyataannya, Ozil menyorot sikap perkauman yang tetap diterimanya meskipun dengan segala sumbangan besar dan jasanya disumbang tanpa rasa prasangka terhadap Jerman selama ini.

“Meskipun saya bayar cukai di Jerman, menderma fasiliti kepada sekolah di Jerman dan memenangi Piala Dunia bersama Jerman pada 2014, saya masih tidak diterima dalam masyarakat. Saya dilayan seperti saya ‘berbeza’.

“Saya terima ‘Bambi Award‘ pada 2010 sebagai contoh kejayaan integrasi dalam masyarakat Jerman, saya terima anugerah ‘Silver Laurel Leaf’ pada 2014 darpada pemerintah, dan pernah jadi duta bola sepak Jerman pada 2015.

“Tapi sangat jelas, saya tidak dianggap orang Jerman. Adakah saya tidak penuhi kriteria untuk jadi orang Jerman sepenuhnya? Kawan saya Lukas Podolski dan Miroslav Klose tidak pernah dianggap sebagai orang Poland-Jerman.

“Jadi kenapa saya dianggap orang Turki-Jerman? Adakah sebab saya seorang Muslim?” tanya Ozil. Bagaimanapun mengulas lebih lanjut, beliau mengakui ia keputusan yang berat namun terpaksa dibuat demi masa depannya.

“Layanan yang saya terima daripada DFB dan ramai pihak lain buat saya tidak lagi mahu sarung jersi kebangsaan Jerman. Saya rasa tidak dialu-alukan. Orang yang ada sikap diskriminasi tidak seharusnya berkerja di persatuan.

“Apatah lagi untuk jadi pemimpin sebuah badan bola sepak paling besar di dunia yang mempunyai ramai pemain daripada keluarga berketurunan campuran,” jelas Ozil dalam nada sindiran. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori