Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Dialog TN50 Permulaan Terbaik...

KUALA LUMPUR - Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah platform untuk generasi...

Guna Perkataan Kurang Sopan,...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini...

14 Anggota Geng Nicky...

PETALING JAYA - Seramai 14 anggota Geng Nicky tiba di Mahkamah Sesyen Petaling...

Pengawal Keselamatan Maut Ditikam...

TAWAU - Seorang pengawal keselamatan ladang maut selepas ditikam semasa cuba meleraikan pergaduhan...

Pancaragam SMK Sultan Ibrahim Juara Dunia

MODAL besar dilaburkan Kelab Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) Band menaja perjalanan kumpulan pancaragam sekolah itu berbaloi apabila merangkul emas pada Pertandingan Pancaragam Dunia (WAMSB) 2018 di Taipei, Taiwan, kelmarin.

Ketua Guru Pembimbing Pancaragam dan Orkestra SIGS Johor Bahru, Rohazuddin Hassan berkata, kejayaan itu amat membanggakan kerana mereka menewaskan pasukan hebat daripada tujuh negara pesaing.

“Sudah pasti kami sangat gembira dan bangga apabila diumumkan pemenang pingat emas bagi kategori Drill Competition.

“Paling membanggakan, kami menewaskan pasukan hebat termasuk daripada Kanada, Jerman, Hong Kong, Taiwan dan China,” katanya ketika berkongsi kejayaan itu, hari ini.

Turut berkongsi kejayaan itu, 11 guru dan lima jurulatih termasuk Pengetua SIGS, Zuraidah Said.

Rohazuddin berkata, kejayaan itu rekod terbaik yang dicapai SIGS BAND hasil usaha gigih serta dedikasi tinggi setiap ahli pancaragam.

“Mereka sentiasa memberi komitmen baik untuk berlatih dan melakukan persembahan terbaik yang boleh dianggap amat luar biasa.

“Kejayaan ini juga adalah hasil semangat dan kerjasama kuat di antara ibu bapa, alumni dengan pihak sekolah dalam segala perkara,” katanya.


Beliau berkata, kejayaan meraih anugerah itu dikongsi semua peserta pada majlis penyampaian hadiah di Stadium Arena Taipei, pada jam 9 malam, kelmarin.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan semua pihak yang menaja kami,” katanya.

Sementara itu, kumpulan pancaragam itu akan pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini. – MyMetro 

 

Kategori