Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bilangan Aduan SST Sangat...

BUTTERWORTH - Bilangan aduan mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah sangat...

106 Serbuan, 108 Individu...

KOTA KINABALU - Polis di sini terus memperhebatkan usaha membanteras kegiatan perjudian haram...

Jepun Merancang Untuk Membina...

Jika anda ke pasaraya besar, pasti anda akan terserempak dengan figura permainan robot...

Ku Ingatkan Besi, Rupanya...

“SAYA ingatkan suami bawa pulang besi buruk, tetapi sebaik memegang 'besi' itu baru...

Panglima TLDM Terima Anugerah Perancis

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menerima anugerah Officier de la Legion d’Honneur (Legion of Honour) dari Perancis sebagai menghargai sumbangannya terhadap hubungan antara Malaysia dan Perancis.

Anugerah itu yang juga sebagai pengiktirafan terhadap kerjasama antara Tentera Laut Di Raja Malaysia dan Tentera Laut Perancis disampaikan oleh Duta Perancis ke Malaysia Frederic Laplanche bagi pihak presiden Perancis Emmanuel Macron di Rumah Perancis di sini.

Ahmad Kamarulzaman melahirkan rasa bangga terhadap pemberian anugerah berprestij itu dan berharap hubungan antara kedua-dua pihak akan terus berkembang.

“Kita rasa bangga dengan hubungan erat yang telah dijalinkan dan dengan bantuan tentera laut Perancis, kita kini mempunyai pasukan kapal selam yang boleh dipercayai di rantau ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu Laplanche berkata kerjasama antara TLDM dan Tentera Laut Perancis telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


“Latihan bersama antara kedua-dua tentera laut memperlihatkan bahawa kita mempunyai hubungan padu yang menguntungkan kedua-dua negara ,” katanya.

Anugerah de la Legion d’Honneur dicipta oleh pemimpin tentera terkemuka yang juga maharaja Perancis Napoleon Bonaparte pada 1802 bagi menghargai jasa rakyat Perancis serta rakyat asing yang telah berjasa terhadap Perancis serta kepentingannya. – BERNAMA

Kategori