Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anak Pele Bebas Sementara...

SAO PAULO - Sebuah mahkamah di Brazil memerintahkan anak lelaki legenda bola sepak, Pele...

Harith Iskander Guna Lawak...

SEPANG - Pelawak popular, Harith Iskander, yang meraih gelaran Funniest Person in the...

Dua Rumah Musnah Dalam...

BUKIT MERTAJAM - Dua buah rumah yang didiami dua keluarga di No 525,...

Pemain ‘Lambung’ TMJ, Arif...

KUALA LUMPUR : Barisan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang pemilik kelab itu,...

Parlimen Hidang Menu Daging RM2,000 Sekilo?

SEKEPING gambar menu sajian mewah berasaskan daging lembu wagyu dipercayai dihidangkan semasa jamuan tengah hari di Parlimen menjadi tular menerusi laman sosial Twitter.

Hidangan tersebut menjadi perhatian gara-gara harganya yang dikatakan mencecah antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram hanya bagi gred B.

Selain daging wagyu, hidangan lain termasuk udang harimau goreng mentega, rusuk kambing goreng berempah, dada ayam kuah percik, tauhu Jepun kukus dengan broccoli dan nasi putih.

Seorang pengguna Twitter @TheDukeofKL tampil mempersoalkan sajian mewah itu yang dihidangkan pada saat kerajaan Pakatan Harapan mendakwa konon negara berdepan bebanan hutang mencecah RM1 trilion.

“Hutang negara ‘RM1 Trilion’. Rakyat pula terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Tapi di Dewan Rakyat, mereka jamu daging Wagyu yang berharga RM2,000 sekilo. Tahniah kerajaan Pakatan Harapan,” tulisnya di Twitter.

Hidangan mewah tersebut hangat diperkatakan melalui ruangan komen posting tersebut dan ada yang mempersoalkan cara daging mahal itu dimasak.

“Daging mahal-mahal masak kicap,” kata @PowieSarah berserta emoji gelak sambil keluar air mata.

“Alahaiii chef pun…sekadar nak masak kicap dengan kentang, guna daging batang pinang pun dah sedap weyyy! Pembangkang tunggu cari point je nak tempelak. Hati-hatilah,” kata @KyraCinta.

Menerusi carian di Internet, wagyu adalah baka lembu di Jepun, di mana ‘Wa’ bermaksud Jepun, dan ‘gyu’ bermaksud lembu.


Daging wagyu ini sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot.

Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa.

Lebih tinggi ‘Marbeling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini.

Contoh hidangan daging wagyu. – Gambar hiasan/Snake River Farms

Kesahihan mengenai gambar menu hidangan tersebut disahkan sumber kerajaan kepada mStar Online.

Sumber itu berkata hidangan daging wagyu berkenaan bagaimanapun hanya disajikan untuk tetamu di meja utama sahaja membabitkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Selain PM dan TPM, hidangan tersebut turut disajikan kepada Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara, dua timbalan Speaker dan Ketua Hakim Negara yang duduk semeja,” katanya kepada mStar Online.

Menurut sumber itu lagi, untuk tetamu lain seperti Ahli Parlimen, Senator, menteri Kabinet, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan duta, hidangan secara bufet disediakan.

“Tempat duduk bebas. Hidangan bufet ada sate, murtabak, mi goreng, nasi goreng, wantan goreng dan siu mai goreng.

“Untuk pencuci mulut pula ada sandwich, sosej roll, puding dan kek mini,” katanya. – mStar Online

Kategori