Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penganggur Tikam Imam Baca...

BESUT - Perbuatan gila seorang penganggur yang tergamak menikam seorang imam hanya kerana...

Pengguna Perlu Jelas Khasiat...

KENINGAU - Ramai rakyat Malaysia tidak faham mengenai kandungan susu yang berkhasiat sehingga...

Rakyat Jangan Tertipu Helah...

JOHOR BAHRU - Rakyat diharap tidak tertipu dengan helah pemimpin Parti Pribumi Bersatu...

Video: Power Pakcik Ni,...

KEBANYAKAN kita tahu maksud simpulan bahasa 'penumbuk sulung' iaitu tumbukan padu yang dilepaskan hingga mangsa...

PAS, BN ‘Adik-Beradik’ – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS dan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘adik-beradik’ dalam soal peletakan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Susulan proses penamaan calon hari ini, PRK itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN Datuk Lokman Noor Adam, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari PKR dan calon Bebas, K. Murthy.

Ditanya sama ada langkah PAS tidak meletakkan calon ialah untuk memberi laluan mudah kepada calon BN, Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan dengan ringkas menjawab: “Mereka adik-beradik.”

Beliau ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini.

Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan menteri-menteri Kabinet.

PRK DUN Sungai Kandis dijadual berlangsung pada 4 Ogos berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma. – BERNAMA

Kategori