Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perhilitan Kelantan Akan Pasang...

KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan akan...

JAWI Jejak Gadis Dalam...

Tiga gadis bertudung kini dijejaki Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang terlibat...

Pengundi Cina Usah Tertipu...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan...

Maahad Ad Dini, Sekolah...

ALOR SETAR - Seramai 62 pelajar Tingkatan Satu bakal memulakan sesi pengajian di...

PAS Tiada Hasrat Gabung Dengan UMNO

KUALA LUMPUR – PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak bergabung dengan UMNO dalam usaha menguatkan blok pembangkang.

Penegasan itu disuarakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas tindakan bersama diambil PAS dan UMNO yang bertindak keluar Dewan Rakyat semalam sebagai memprotes tatacara pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai Yang Dipertua dewan.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO dalam perkara yang akan membawa kebaikan kepada rakyat.

“Kita bekerjasama dengan semua pihak dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat

“Namun, PAS tidak akan bergabung dengan UMNO,” katanya.

Beliau ditemui media selepas perasmian Istiadat Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14, Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – BH ONLINE

Kategori