Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

229,712 Syarikat Mendaftar GST...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Budak Cedera Parah Selepas...

Henan – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami kecederaan serius selepas telefon...

Liow Mahu Siasatan Rapi,...

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu siasatan lengkap dan...

Al-Quran Panduan Lengkap Kehidupan...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penganjuran ‘Quran...

Singkir Pasukan Ke-11 Liga Premier Ke Liga FAM

KUALA LUMPUR – Pasukan yang menamatkan saingan di tangga ke-11 atau tangga terakhir dalam saingan Liga Premier musim ini akan disingkirkan ke Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim depan.

Malaysian Football League (MFL) dalam kenyataan memaklumkan Lembaga Pengarah MFL yang bermesyuarat pada 27 Jun lepas membuat keputusan untuk terus mengekalkan penyertaan 12 pasukan pada musim depan bagi menjamin konsistensi bilangan pasukan yang dipromosi dan diturunkan sepertimana dilakukan sebelum ini serta bagi memelihara tahap daya saing yang lebih kompetitif bagi Liga Premier.

“Keputusan ini juga diputuskan bagi mengelakkan penurunan kualiti sedia ada dalam 100PLUS Liga Premier Malaysia jika jumlah pasukan yang dipromosi ke 100PLUS Liga Premier Malaysia tidak diselaraskan,” demikian menurut MFL.

Untuk rekod, Kuantan FA digugurkan daripada saingan Liga Malaysia pada 20 April lalu setelah gagal menghadirkan diri untuk aksi Liga Premier menentang Polis Diraja Malaysia pada 15 April lepas di Stadium Shah Alam.

Pengguguran wakil kelab Pahang berkenaan menyaksikan hanya 11 pasukan meneruskan saingan Liga Premier musim ini.


MFL memaklumkan mereka masih mengekalkan format sama dengan dua pasukan yang mara ke final Piala FAM, musim ini akan dinaikkan pangkat beraksi dalam saingan Liga Premier 2019. – BERNAMA

Kategori