Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

5 Bulan RM450 Juta?...

KELMARIN seluruh dunia 'terkesima' apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dedah konon kerajaan...

Rakyat Malaysia Perlu Bersedia...

KUALA LUMPUR - Jumlah rakyat Malaysia yang benar-benar mengambil langkah persediaan dari segi...

Gambar Di Instagram Kini...

LAMAN sosial perkongsian gambar no.1 dunia, Instagram kini akan meningkatkan taraf kualiti gambar...

Bau Kuda Di Badan...

Yorkshire – Berpeluh yang melampau dan bau kuda yang kuat pada badan telah...

Pedang Antara Barang Rampasan Op Mega 3.0

SHAH ALAM – Pedang merupakan antara senjata yang dirampas dipercayai digunakan pendatang asing bagi mengancam nyawa anggota yang menjalankan Op Mega 3.0 di sekitar Taman Subang Mas, Subang Jaya di sini malam tadi.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang menyertai operasi bersama Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, mereka turut merampas beberapa senjata lain yang membahayakan anggota pada operasi bermula 12 tengah malam itu.

“Seramai 157 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan daripada 380 orang yang diperiksa atas pelbagai kesalahan Imigresen termasuk dokumen palsu dalam operasi ini,” katanya kepada pemberita selepas pertama kali menyertai Op Mega 3.0 berkenaan malam tadi.

Beliau berkata sepanjang tempoh Op Mega 3.0 dijalankan bermula 1 Julai sehingga Jumaat lepas, seramai 4,476 PATI telah ditahan menerusi 1,568 operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Katanya seramai 91 majikan turut ditahan bagi tempoh yang sama manakala 745 majikan telah didakwa dan diambil tindakan.

​​​​​​​​​​​​”Daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan, tangkapan tertinggi adalah warga Indonesia iaitu seramai 1,255 orang, diikuti warga Bangladesh (1,246), Myanmar (455), Filipina (294) dan bakinya adalah dari negara-negara lain.

“Ini adalah komitmen yang dizahirkan dalam usaha membanteras masalah PATI dan pekerja asing serta memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan negara ini,” katanya.


Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Pada operasi sama, Mustafar berkata ancaman keselamatan oleh PATI yang bersikap agresif terhadap anggota dan pegawainya sering berlaku ketika operasi dijalankan sebelum ini.

Beliau berkata antara ancaman diterima pihaknya ialah PATI meletakkan senjata termasuk parang dan kapak di belakang pintu rumah yang diserbu anggota dan pegawai Jabatan Imigresen yang boleh membahayakan mereka.

Tinjauan Bernama mendapati seorang pendatang asing dipercayai tidak memiliki dokumen cedera selepas terjun dari tingkat satu bangunan rumah kedai di kawasan terbabit untuk meloloskan diri daripada diperiksa dalam operasi itu.

Wanita berusia lingkungan 50-an itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan. – BERNAMA

Kategori