Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Serangan Ke Atas UMNO-PAS...

IPOH - Serangan bertubi-tubi ke atas kerjasama antara UMNO dan PAS menyebabkan munculnya...

Tok Mat Bayangkan Pertahan...

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan akan...

Tiga Pedofilia Dihukum Penjara...

TIGA lelaki pedofila yang ditahan berhubung kes rogol dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan...

“Saya Mengalah Pada Ketentuan...

KISAH putus ikatan pertunangan antara penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy masih...

Pekebun Terengganu Disaran Usaha Durian Klon Komersial

KUALA TERENGGANU – Pengusaha kebun durian tradisional di negeri ini digalak menanam lebih banyak durian klon seperti D24, Musang King dan yang lain secara komersil berikutan permintaan tinggi serta pulangannya yang lebih lumayan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Fauzi Mohamad berkata setakat ini masih belum ada dusun durian klon komersial diusahakan secara besar-besaran di negeri ini berbanding negeri lain seperti Johor, Perak dan Kelantan.

“FAMA Terengganu akan membuka pendaftaran untuk pengusaha durian yang berminat mengikuti kursus teknologi penanaman durian klon ini agar mereka lebih memahami selok belok berkaitan dan mengusahakannya secara komersial selepas itu.

“Kursus seumpama ini pernah diadakan di Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain. Sambutannya luar biasa dan kita tidak mahu pengusaha durian di Terengganu terlepas peluang ini,” katanya kepada pemberita pada majlis Kenduri Durian kerjasama Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dan FAMA Terengganu di sini yang turut dihadiri Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Hayat.

Kira-kira 60 pengamal media Terengganu dihidangkan 350 kilogram durian di samping 100 kilogram manggis dan rambutan (40 kilogram) dalam program itu.


Mengikut rekod FAMA Terengganu, jumlah pengeluaran durian kampung di negeri itu adalah 1,000 tan metrik dan ia masih kecil berbanding negeri lain selain hanya terdapat dua daerah pengeluar durian di Terengganu iaitu Setiu dan Besut.

Fauzi berkata FAMA akan membantu mana-mana pekebun durian kampung yang mahu menukarnya kepada tanaman durian klon secara komersial agar mereka berjaya memperoleh pendapatan berlipat kali ganda berbanding sekarang.

“Ketika ini, kebanyakan pekebun hanya menanam durian klon di dusun sedia ada. Insya-Allah jika mereka mengikuti kursus itu nanti, mereka akan mendapat lebih banyak pendedahan mengenai kelebihan menanam durian klon secara komersial,” katanya. – BERNAMA

Kategori