Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

200 Peniaga Bazar Siti...

RANTAU PANJANG - Lebih 200 peniaga di Bazar Siti Fatimah terpaksa tutup kedai...

Pembinaan Hotel Di Perlis...

KUALA PERLIS - Kerajaan Perlis sedang berusaha keras menarik pelabur untuk membina sekurang-kurangnya...

Guna Pembesar Suara Siar...

SEOUL - Korea Selatan menggunakan pembesar suara gergasi untuk menyiarkan berita pembunuhan yang...

HUSM Terima Van Mesra...

KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian hari ini menerima...

Pelabur Lari Beri Kesan Pencarum KWSP, PNB, TH

BIMBANG… Tindakan pelabur asing keluar dari bursa tempatan secara berterusan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu akan memberikan kesan kepada dividen pemegang saham tempatan.

Ini termasuk pelabur kecil Permodalan Nasional Berhad (PNB) khasnya skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) selain Tabung Haji (TH) serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Keadaan buruk itu disebabkan sebahagian besar pelaburan mereka adalah di bursa saham tempatan dan mereka hanya bergantung kepada prestasi pulangan daripada dana terbabit sebagai hasil sumber pendapatan utama.

Ia didedahkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan berkata bahawa jika harga saham di bursa terus turun, maka ia pasti akan jejas dividen pemegang saham syarikat tersebut.

“Secara umumnya, apa yang boleh kita jangka tahun ini sekiranya keadaan penurunan harga saham berterusan, ia akan beri kesan kepada ramai pelabur TH, PNB, KWSP dan lain-lain yang akan berkurangan kadar dividennya.

“Kita berharap agar bursa kembali stabil kerana ia akan beri kesan kepada jutaan rakyat Malaysia yang melabur di dalam skim dana tersebut kerana sudah pasti hasil dividen mereka akan terjejas dan berkurangan,” ujar Mustapa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata demikian dalam program Diskusi N49 sempena Pilihan Raya Kecil Kerusi DUN Sungai Kandis yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook UMNO-online lewat semalam.

Mengulas lebih lanjut, menurut Mustapa, ada tiga perkara utama yang mampu mendatangkan sentimen keyakinan kepada pelabur antarabangsa untuk terus positif dalam melakukan pelaburan di sesebuah negara tersebut.

“Pertamanya, kerajaan yang mesra pelabur. Keduanya, pelabur mahu dasar ekonomi yang jelas dan ketiganya ialah konsisten, iaitu tidak ada flip-flop (berubah tiba-tiba) dalam membuat keputusan mengenai sesuatu isu besar.


“Malangnya, ketiga-tiga perkara itu masih tidak jelas lagi terutama berhubung dasar pentadbiran dan juga tahap konsistensi pihak kerajaan Pakatan Harapan sehingga kini dalam usaha meneruskan sesuatu projek tersebut.

“Memang kita sudah menjangka akan berlakunya keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika peralihan kerajaan selepas pilihan raya umum, apatah lagi jika ia pertama kali berlaku di dalam sejarah seperti di Malaysia kali ini.

“Tetapi keadaan tidak menentu itu sudah pun berlanjutan selama tiga bulan dan ia sebenarnya satu jangka masa yang agak lama sehingga menyebabkan ramai pelabur yang ‘menarik hand brake’ (berhenti) untuk masuk melabur.

“Dan setakat ini, kita masih lagi tidak dapat melihat dasar ekonomi yang jelas daripada kerajaan baharu hari ini dan sudah tentu perkara ini akan menjejaskan momentum keyakinan pelabur terhadap imej negara ini,” ujar Mustapa.

Beliau merujuk indeks Bursa Malaysia yang jatuh teruk apabila pelabur asing bawa keluar dana mereka selain rizab asing Bank Negara Malaysia yang jatuh dan kadar tukaran mata wang ringgit merosot teruk. – Mynewshub.TV

Kategori