Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jenazah Mejar Zahir Dikebumikan...

IPOH - Urusan pengebumian jenazah Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya, 36, berlangsung dengan...

Angin Kencang Dan Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di...

Aku Dengar Jawapan Tun...

PM jawab zaman dia hutang tak melebihi 27% daripada KDNK dari tahun 1980-an...

Pantau Kapal Korek Terbesar...

MANILA - Kerajaan Filipina melahirkan kebimbangan semalam mengenai kapal korek terbesar China dan...

Pelancong Asing Buat Hal Depan Masjid Lagi

LAGI kes perlakuan tidak senonoh membabitkan pelancong asing wanita di depan masjid, kali ini di depan Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu.

Insiden itu membabitkan seorang pelancong wanita bergambar dengan aksi ala akrobatik iaitu kedua-dua kaki ke atas dan kepala di bawah, sehingga perlakuan tidak senonoh itu tular di media sosial.

Insiden terbaharu itu berlaku kurang tiga minggu selepas dua pelancong warga China berkelakuan tidak senonoh dengan berpakaian seksi sambil menari di atas tembok pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu hingga pengurusan masjid melarang sementara kemasukan pelancong ke rumah ibadat terbabit.

Mengulas mengenai insiden di depan Masjid UMS itu, Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat UMS, Talib Abdullah Shani berkata, pengurusan universiti itu akan melakukan pemantauan dengan lebih teliti.

“Akibat tingkah laku kurang sesuai sebahagian kecil pelancong di UMS yang kini tular di media sosial itu, pihak pengurusan universiti akan terus memantau dengan lebih teliti perkara ini.

“Pihak pengurusan universiti amat positif bahawa peningkatan jumlah pelancong luar ke universiti adalah sesuatu yang berfaedah.


“Pihak pengurusan universiti akan memantau dan meneliti perkara ini untuk tindakan selanjutnya, termasuk mengetatkan lagi sistem kawalan keselamatan dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) pengurusan pelawat di Masjid UMS,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada 27 Jun lalu, dua pelancong China, Wan Han, 37, dan Zhang Na, 25, kedua-duanya guru tarian, masing-masing dikenakan denda RM25 selepas didakwa mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana berkelakuan tidak sopan di kawasan awam.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di atas tembok pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, pada 4.30 petang, 23 Jun lalu. – myMetro Online

Kategori