Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Mempergiat Operasi Perangi...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

MH17: Peguam Terkenal AS...

PETALING JAYA - Tragedi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh...

Pesawat Pejuang Korea Lintasi...

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta tidak cemas jika melihat pesawat pejuang Black...

Dengan Manchester City, UAE...

MANCHESTER City kini menduduki posisi teratas dalam Liga Perdana Inggeris, meninggalkan pasukan kedua...

Pemandu Grab Ditahan Bersama Dadah Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki yang juga pemandu Grab dan merampas dadah jenis ketamin, pil ecstacy dan pil eramin 5 bernilai RM5,700 di dalam sebuah kereta jenis Kia Optima di tempat letak kenderaan di Jalan Bayu Mutiara, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu membuat pemeriksaan ke atas lelaki berusia 32 tahun yang berada di tempat pemandu kereta berkenaan kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

“Kereta itu berada di tempat parkir di situ dan dalam pemeriksaan pukul 10 malam itu, polis menemui 26 paket dadah jenis ketamin seberat 50 gram, 20 biji pil ecstacy dan lima biji eramin 5, kesemuanya bernilai RM5,700 dan kami turut merampas wang tunai sebanyak RM9,172 bersama lelaki itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, lelaki itu berada di situ untuk menghantar bekalan dadah berkenaan kepada pembelinya dan ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah jenis ketamin.

Katanya lelaki itu mendapatkan bekalan bahan terlarang tersebut daripada sindiket pengedaran dadah dan membungkusnya semula sebelum menjual kepada pelanggannya di sekitar SPT dan Seberang Perai Utara sejak beberapa bulan lepas.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata polis menahan 15 penagih dadah termasuk tiga wanita berusia 17 hingga 50 tahun dalam beberapa serbuan di sekitar Machang Bubok dan Seberang Jaya, antaranya di sebuah tokong di Taman Seri Impian semalam.


“Polis yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan Taman Seri Impian pada pukul 12.05 tengah malam semalam telah membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki dan dua wanita yang berada dalam keadaan mencurigakan di tokong Cina di Taman Seri Impian dan mendapati mereka sedang menghisap dadah. Mereka menjadikan rumah ibadat itu sebagai lokasi menghisap dadah bagi mengelak dikesan polis,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas tiga individu itu polis merampas heroin seberat lima gram dan peralatan menghisap dadah serta pemeriksaan mendapati mereka positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah serta jenayah.

Sembilan lagi individu yang ditahan turut positif dadah polis juga merampas heroin, syabu serta ganja dan pelbagai peralatan menghisap dadah bersama mereka dan semua mereka kini direman bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

*Video di bawah hanya sekadar hiasan

Kategori