Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kastam Rampas Mercun, Bunga...

ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah mematahkan cubaan membawa masuk mercun...

“Dengar Boleh, Percaya Jangan”...

TAWAU - Penduduk kawasan Parlimen Kalabakan diseru tidak mudah percaya dengan dakyah negatif...

Video: Anak Gelek Lucah.....

PELAKON veteran Normah Damanhuri nampaknya mempunyai anak-anak yang sudah terbiasa dengan kontroversi meskipun tak...

Pekerja Kilang Gula Lemas...

BUTTERWORTH - Seorang wanita pekerja kilang gula di Perai dijumpai lemas selepas terjatuh...

Pemandu Kereta Sapu Didakwa Cabul Remaja

PEMANDU kereta sapu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini, atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap remaja lelaki, hujung tahun lalu.

Agoes Hans Suin, 33, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamed.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Ogos ini untuk pengurusan kes manakala perbicaraan ditetapkan pada 14 dan 15 November.

Ainul turut membenarkan Agoes diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan, selain mengarahkan tertuduh melaporkan diri di Balai Polis Kota Belud, setiap bulan.

Berdasarkan fakta kes, dia dituduh melakukan hubungan fizikal dengan mangsa berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke bahagian belakang mangsa dalam bilik rumah tidak bernombor di kampung di Kota Belud, pada 7.30 pagi, 16 Disember tahun lalu.


Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Umar Faiz Abdul Kohar.

Sementara itu dalam kes berasingan, Ainul menetapkan 23 dan 24 Oktober ini bagi tarikh perbicaraan ke atas seorang tentera yang dituduh merogol anak perempuannya, April lalu.

Tertuduh didakwa merogol anak perempuannya berusia 13 tahun pada 9 pagi di Kota Kinabalu, 7 April lalu. – MyMetro

Kategori