PEMANDU teksi seluruh Sepanyol mengadakan protes besar-besaran menuntut syarikat kereta penumpang seperti Uber dihadkan jumlahnya.
Pemandu teksi yang sesetengahnya sudah berkhemah beberapa hari berkata perkhidmatan itu menjejaskan pendapatan mereka dan bakal menyebabkan ribuan hilang pekerjaan.
Akibatnya, beberapa jalan utama di ibu negara, Madrid, dan di Barcelona disekat oleh teksi yang diparkir.
Kerajaan dijadual bertemua wakil syarikat kereta penumpang itu Isnin ini.
Kesatuan sekerja teksi mahu penguatkuasaan undang-undang yang menetapkan hanya satu lesen kereta penumpang bagi setiap 30 lesen teksi.
Wakil kesatuan berkata syarikat seperti Uber dan Cabify menjejaskan sektor teksi dan meletakkan 130,000 berisiko hilang pekerjaan. Menurutnya lagi, “persaingan tidak sihat ini tidak boleh dibiarkan.”
Protes bermula di Barcelona pada Rabu lalu selepas kerajaan Sepanyol merayu keputusan pihak berkuasa Barcelona yang menghadkan lesen perkhidmatan teksi yang ditempah melalui aplikasi telefon pintar.
Madrid, Valencia, Bilbao dan Seville menurut langkah Barcelona dan menghentikan perkhidmatan mereka hingga menyebabkan gangguan. – BBC