Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Buruh Mengaku Tak Bersalah...

ALOR SETAR - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Hukuman Mati Kekal Kerana...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati...

Duta Asing Dinasihatkan Berhati-hati...

REMBAU - Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan duta asing di negara...

Bekas Adun Beserah Meninggal...

KUANTAN – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Datuk Faisal Abdullah, 70,...

Pemilihan PKR: Anwar Bakal Hadapi Saingan Presiden?

TIGA hari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasrat bertanding jawatan Presiden PKR, timbul ura-ura calon lain bakal mengumumkan dirinya untuk rebut kerusi ketua parti komponen Pakatan Harapan yang ada perwaklilan terbesar di Parlimen.

Sumber memaklumkan Astro AWANI bahawa terdapat satu senarai nama pimpinan PKR yang kononnya bakal merebut jawatan tertinggi parti tersebut pada pemilihan parti bulan depan yang tersebar dalam kalangan ahli parti.

“Senarai tersebut meletakkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon Presiden manakala tiga Menteri lain dikatakan bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden serta Naib Presiden.

“Selain itu, salah seorang Menteri Besar dari PKR juga dinamakan dalam senarai tersebut,” kata sumber.

Sehingga kini, tiada pengumuman rasmi daripada Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, atau mana-mana Menteri atau Menteri Besar dari PKR yang telah mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan parti kali ini.


Astro AWANI dalam proses mendapatkan respon dari Mohamed Azmin bagi memastikan kesahihan senarai yang tersebar.

Pada Ahad, Anwar telah mengesahkan beliau akan bertanding pada pemilihan parti akan datang dengan menawarkan diri sebagai Presiden bagi menggantikan isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PKR sekarang. – astroawani.com

Kategori