Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Karier Nyanyian Ippo Hafiz...

IPPO Hafiz penyanyi yang sedang meningkat naik menerusi lagu-lagu runut bunyi drama-drama bersiri antaranya...

VIDEO: Terbaik…Laporan Banjir Yang...

Bencana banjir teruk yang melanda beberapa negeri di negara kita secara tidak langsung...

Letupan Rapid Pengerang: Lebih...

KOTA TINGGI - Lebih 10 rumah di Kampung Lepau, dekat Pengerang, di sini...

Wartawan Melayu Kini Ketandusan...

PETALING JAYA - Wartawan Melayu di negara ini kini ketandusan tokoh yang boleh...

Pemimpin Potong Gaji, Derma Untuk Kebajikan

PRESIDEN baharu Mexico, Andres Manuel Lopez (dikenali dengan nama singkatannya Amlo) merancang untuk membuat pemotongan gaji sebanyak 60 peratus bila mula bertugas Disember nanti.

Pemimpin berhaluan kiri ini akan mendapat gaji sebanyak AS$5,707 sebulan dan penjawat awam lain tidak boleh mendapat gaji lebih dari jumlah itu.

Kediaman rasmi presiden juga akan dijadikan pusat kebudayaan.

Pemimpin Mexico ini bukan yang pertama membuat kenyataan mengurangkan gaji.

Tindakan populis seperti ini sering digunakan untuk menunjukkan jiwa rakyat, menjarakkan pemimpin terbabit daripada golongan elit, kata Dr Philipp Koeker dari Universiti Leibniz, Hannover, yang mengkaji gaji pemimpin-pemimpin di Eropah.

Ada banyak tempat tindakan potong gaji ini telah dilaksanakan.

Tidak mudah untuk menentukan sebanyak mana sebenarnya seseorang pemimpin itu dapat.

Tetapi jelas ada beza yang besar dalam gaji asas pemimpin seluruh dunia.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dikatakan pemimpin paling kaya, mendapat gaji lebih AS$2 juta setahun. Jumlah itu ditentukan mengikut gaji tertinggi dalam sektor swasta.

Perdana Menteri Britain, Theresa May mendapat 150,000 pound setahun, kurang dari Canselor Jerman Angela Merkel yang dibayar hampir AS$260,000, manakala Presiden China Xi Jinping hanya diberi gaji AS$16,000 setahun.

Jose Mujiha, presiden Uruguay yang digelar presiden paling miskin di dunia mendermakan 90 peratus gaji bulanannya yang berjumlah kurang daripada AS$9,800.

Walaupun ramai menyerahkan sebahagian gaji, mereka masih mendapat faedah eksklusif sebagai pemimpin negara.

Mujica bagaimanapun memilih untuk memandu sebuah Volkswagen Beetle lama dan tingal di rumah ladang dan bukan kediaman rasmi presiden.

Di rantau yang sama, Presiden Bolivia Evo Morales mengurangkan gajinya kepada hanya AS$1,300 sebulan apabila mula menjawat jawatan pada 2005, yang merupakan janji pilihan rayanya.


Pada 2015, presiden Brazil waktu itu, Dilma Roussef yang dipersalahkan atas masalah ekonomi masa itu mengurangkan penjawat awam secara besar-besaran dan pemotongan gaji tahunannya sebanyak 10 peratus, menjadikan jumlahnya AS$90,000.

Pada 2015, semasa sekatan Barat menyebabkan harga makanan meningkat, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan pemotongan 10 peratus gajinya dan seluruh kakitangannya.

Putin mengisytiharkan pendapatannya pada 2017 sebanyak AS$295,000, yang lebih separuhnya daripada penjualan hartanah di Moscow.

Presiden baharu Afrika Selatan Cyril Ramaphosa berkata beliau bercadang mengurangkan gajinya kepada separuh sahaja, dengan jumlah sekitar AS$130,000 itu diserahkan kepada Yayasan Nelson Mandela.

Beliau yang sebelum ini seorang ahli perniagaan dan salah seorang paling kaya di Afrika Selatan dilaporkan sudah memiliki kekayaan sebanyak AS$400 juta.

Presiden Nigeria menerima gaji sebanyak AS$70,000 sebelum Muhammad Buhari dan naibnya bersetuju untuk memotong 50 peratus dari jumlah itu pada permulaan penggal 2015.

Pada 1980-an, presiden Burkina Faso Thomas Sankara menerima gaji bulanan sebanyak AS$450 dan mengharamkan kereta dengan pemandu dan penerbangan kelas pertama di kalangan menteri.

Presiden Slovakia, Andrej Kiska yang sudah sedia kaya semasa memasuki politik, menyerahkan semua gajinya kepada badan kebajikan.

Pada 2013, presiden Slovakia itu menerima gaji bulanan lebih AS$9,000.

Jumlah itu ialah yang tertinggi di Eropah timur dan tengah pada masa itu menurut analisis Dr Koeker.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengikut jejak langkah presiden AS yang lain dengan mendermakan sebahagian besar gajinya untuk kebajikan dan hanya mengambil hanya AS$1 setahun.

Herbert Hoover dan John F. Kennedy melakukan perkara simbolik yang sama. Gaji presiden AS ialah sekitar AS$400,000 setahun.

Bekas setiausaha akhbar Rumah Putih, Sean Spicer pernah memberitahu media dalam satu sidang media yang Trump mahu bantuan pihak media untuk menentukan ke mana potongan gaji itu patut didermakan. – BBC

Kategori