Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mangsa Jenayah Seksual Kanak-Kanak...

PUTRAJAYA : Jumlah kesalahan seksual membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia...

Emma Maembong ‘Tak Serius’...

SEBELUM ini Kamal Adli ada mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin dengan...

5 Beranak Teruskan Kembara...

BUKIT MERTAJAM - Setelah dua hari berehat melepaskan lelah, sebuah keluarga lima beranak...

Eksport Jejari Kentang Belgium...

KUALA LUMPUR - Eksport produk jejari kentang beku Belgium ke Malaysia dijangka meningkat...

Daftar Parti: PH Tarik Balik Kes Terhadap ROS

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan hari ini menarik balik permohonan semakan kehakiman terhadap Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) terhadap tindakan ROS sebelum ini yang tidak jawab permohonan mereka untuk mendaftarkan parti itu sebagai pertubuhan berdaftar.

Peguam Michelle Ng yang mewakili Pakatan Harapan memberitahu pemberita bahawa pihaknya menarik balik permohonan itu berikutan ROS telah mendaftarkan parti berkenaan pada 16 Mei lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Michelle berkata demikian selepas kes itu disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan hari ini, yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob, bertindak bagi pihak ROS.

Hari ini sepatutnya mahkamah mendengar hujahan permohonan semakan kehakiman itu. Pada 1 Mac lepas, mahkamah memberi kebenaran kepada Pakatan Harapan untuk memulakan semakan kehakiman berkenaan.

Sehubungan itu, mahkamah membatalkan permohonan yang difailkan pada 21 Februari lepas, tanpa sebarang perintah mengenai kos.


Dalam permohonan itu Pakatan Harapan menamakan Setiausaha Jawatankuasa Penaja pakatan itu, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus; dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai pemohon manakala ROS selaku responden tunggal.

Kesemua pemohon menuntut deklarasi bahawa tindakan ROS yang tidak mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar dan membalas surat bertarikh 6 Februari 2018 adalah bercanggah dengan kewajipan statutori dan harapan sah mereka.

Mereka juga menuntut deklarasi tindakan itu tidak munasabah, mala fide, dan menuntut perintah mandamus bagi mendesak ROS mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 selain menuntut kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Kategori