Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kesihatan Rakyat Diutama, Sumber...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memiliki sumber kewangan mencukupi untuk membendung penularan COVID-19 dan...

Saya Hormat Kejujuran Awak...

SEJAK beberapa hari lalu, pemilik nama Fattah Amin terus-menerus menguasai carta trending di...

PRU15: Penjawat Awam Diberi...

BERA : Penjawat awam mungkin diberikan cuti khas dan bayaran gaji awal sebagai...

Teng Akan Bongkar Satu...

GEORGE TOWN - Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow berikrar akan...

Teroka Tanah Di Taman Alam Kinta Salahi Undang-Undang

BATU GAJAH – Kegiatan penerokaan tanah di Taman Alam Kinta di sini menyalahi undang-undang kerana kerajaan negeri tidak pernah menawarkan sewaan tanah kepada mana-mana pihak sejak kawasan itu diwartakan sebagai Taman Negeri pada 17 Mac 2016, kata Anggota Exco kerajaan negeri Perak Tan Kar Ming.

” Justeru jangan percaya dengan sebarang tawaran sewaan di tapak taman ini kerana kawasan ini telah diwartakan untuk pembangunan Taman Negeri,” katanya kepada pemberita sebelum meninjau kawasan taman tersebut di sini hari ini.

Tan yang merupakan Pengerusi Jawatankusa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri berkata Perbadanan Taman Negeri Perak menerima laporan bahawa sebuah koperasi telah menceroboh tanah seluas 10 ekar di taman itu untuk menjalankan aktiviti pertanian pada 17 Julai lalu.

Beliau berkata koperasi terbabit mendakwa bahawa pihaknya telah membuat perjanjian dengan satu operator tempatan untuk menyewa tanah tersebut dengan bayaran RM7,200 setahun.

“Kita dapati bahawa dokumen itu tidak benar dan perjanjian itu tidak ada kelulusan daripada Perbadanan Taman Negeri atau kerajaan negeri dan jelaslah ini adalah satu pencerobohan,” katanya sambil menambah koperasi tersebut dalam proses meratakan tanah untuk menjalankan aktiviti tanaman kontang.

Susulan itu, Perbadanan Taman Negeri membuat laporan polis pada 19 Julai dan menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, katanya.

Tan berkata selain Taman Alam Kinta, Perak mempunyai tiga lagi taman negeri dibawah selenggaraan Perbadanan Taman Negeri iaitu Royal Belum di Gerik, Pulau Sembilan di Lumut dan Geopark di Lembah Kinta.

Taman Alam Kinta seluas 395.56 hektar itu menerima kunjungan 1,995 pelancong dalam tempoh 29 Sept 2017 hingga 31 April 2018, dengan pelbagai aktiviti disediakan antaranya riadah, perkhemahan dan berbasikal.


Beliau berkata antara punca berlaku pencerobohan di Taman Alam Kinta adalah kerana kawasannya yang luas serta kurang penguatkuasaan.

“Justeru kerajaan akan membangunkan kawasan ini terutama daripada segi penguatkuasaan dan infrastruktur antaranya manaiktaraf jalan masuk sejauh lima kilometer, menambah papan tanda, merancakkan promosi, meningkatkan penguatkusaan termasuk memasang pagar di kawasan sempadan,” katanya.

Dalam pada itu, Tan berkata kerajaan negeri akan mengadakan rundingan secara berterusan dengan pengusaha yang telah menjalankan aktiviti pertanian di Taman Alam Kinta sebelum kawasan itu diwartakan.

“Empat pengusaha yang menjalankan ternakan itik di kawasan itu mempunyai Lesen Menduduki Sementara (LMS) sebelum kawasan itu diwartakan, namun sehingga 31 Disember 2017 kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak menyambung LMS tersebut.

“Rundingan diadakan bersama mereka (pengusaha) dua hari lepas di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, jadi kita akan adakan rundingan secara berterusan dengan mereka supaya penyelesaian dapat dicapai,” katanya. – BERNAMA

Kategori