Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dibaling Pembaris, Pelajar Tingkatan...

JOHOR BAHRU - Hanya gara-gara menegur rakan sekelasnya berbuat bising, seorang pelajar tingkatan...

206 Saman Bagi Op...

SHAH ALAM - Sejumlah 206 saman dikeluarkan ke atas pesalah trafik dalam Op...

Paras Air Sungai Bidor...

Teluk Intan: Mangsa banjir di Perak pagi ini kekal 64 orang daripada 17...

DAP Dakwa Pelajar SK...

KUALA LUMPUR - DAP secara tidak berasas menyalahkan Kementerian Pendidikan berikutan kematian seorang...

“Pengorbanan Isteri Terlalu Besar”

PENGORBANAN isteri melupakan karier demi rumah tangga dan cahaya mata sangat dihargai pelakon, Shukri Yahaya.

Pelakon Andainya Takdir itu mengaku tidak mampu membalas jasa isterinya, Tyda Adnan yang sejak hamil memutuskan untuk berhenti kerja dan mengasuh sendiri, Aaira Ameena yang kini berusia dua tahun.

“Tiada kata-kata atau balasan terindah yang mampu saya beri kepada isteri bagi membalas pengorbanannya dalam memastikan kebajikan saya dan puteri kami terjaga.

“Jika diikutkan sebelum mendirikan rumah tangga, isteri ada kerjaya sendiri. Namun, dia sanggup berhenti kerja demi memberi tumpuan terhadap rumah tangga,” katanya kepada BH Online.

Shukri berkata, melihat senario semasa terutama kes jenayah membabitkan mangsa bayi dan kanak-kanak membuatkan dirinya yakin keputusan isteri berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga adalah tepat.


“Bagaimanapun, saya kagum dengan kaum hawa sama ada suri rumah sepenuh masa atau ibu bekerja yang membantu ekonomi keluarga dan pada masa sama, melaksanakan tanggungjawab di rumah,” katanya.

Kelmarin, Shukri hadir pada majlis pelancaran Toyota Gazoo Racing di sebuah premis acara, di sini.

Shukri sekali lagi dipilih untuk musim kedua perlumbaan kereta selain Datin Diana Danielle, Janna Nick, Aiman Tino, Nabila Razali, Wany Hasrita, Nabil Ahmad, Aqim Ahmad, Khai Bahar dan Shawn Lee.

Kategori