Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bapa Maafkan Wanita Yang...

SYDNEY - Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki yang maut, selepas sebuah kereta dipandu...

2022 Jadi Tahun Pemulihan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis...

Wushu: Tan Gagal Raih...

JAKARTA – Sambutan hari jadi ke-20 pada hari ini tidak membawa sebarang erti...

Rita Rudaini Dakwa Gaji...

Konflik di antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan semakin berlarutan gara-gara Rita Rudaini...

Pengurus Jakel Didenda RM25,000 Ambil Pekerja PATI

SEORANG pengurus sumber manusia pusat gedung tekstil terkenal, Jakel hari ini didenda RM25,000 oleh Mahkamah Khas Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas pertuduhan mengambil seorang pekerja warga Indonesia tanpa permit sah.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhi hukuman itu ke atas Kamaruddin Su, 41, selepas dia mengaku bersalah mengambil pekerja wanita Sukiyati, 46, yang tidak memiliki pas yang sah.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di Jakel Mall, 159 Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah, di Kuala Lumpur jam 8 malam pada 6 Julai 2017 mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan maksimum RM50,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap seorang yang diambil bekerja.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda berkenaan.

Sebelum menjatuhi hukuman, Hakim Wan Mohd Norisham menasihatkan tertuduh sebagai wakil syarikat berkenaan agar lebih berhati-hati dalam mengambil pekerja warga asing.

“Jakel adalah satu syarikat terkenal di Malaysia. Sebagai pegawai pengurus sumber manusia, kamu perlu lebih berhati-hati ketika mengambil pekerja warga asing.


“Pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membuat banyak operasi bagi membendung PATI namun jumlahnya tidak berkurang tetapi semakin bertambah.

“Kalau hukuman yang dijatuhkan tidak berat, seolah-olah tidak menakutkan orang. Operasi Imigresen sahaja mengambil kos RM20 juta setahun. Penjara bukan sahaja dipenuhi warga tempatan tetapi dipenuhi dengan warga asing. Hukuman yang dijatuhkan perlu menjadi pengajaran kepada syarikat lain,” kata hakim itu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum selain memohon maaf atas kesilapan itu.

Pegawai Pendakwa JIM, Mohd Khairul Amri Mohd Zainuddin memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada Jakel dan syarikat-syarikat lain agar tidak sewenang-wenangnya mengambil pekerja warga asing tanpa pas yang sah. – BERNAMA

Kategori