Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Daftar Automatik, Had Umur...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti cadangan dan akan menjalankan...

140 Aksara Kekal Had...

SEBELUM ini hangat diperkatakan mengenai desas desus had aksara akan ditingkatkan hingga 10,000 aksara...

Pemburu Haram Siat Kulit...

BANGKOK – Mahkamah di Thailand menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas lima...

Negara China Masih Belum...

BIARPUN filem terkenal Star Wars: The Force Awakens sudah ditayangkan di kebanyakan negara...

Peniaga Pasar Besar Seremban Dikecuali Bayar Sewa

SEREMBAN – Seramai lebih 400 peniaga Pasar Besar Seremban di sini, dikecualikan daripada membayar sewa antara RM100 hingga RM200 setiap bulan bermula 1 Ogos hingga 31 Dis depan.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri bersimpati dengan peniaga terbabit yang terjejas perniagaan ekoran kerja-kerja baik pulih dan naik taraf tingkat atas pasar tersebut yang musnah akibat kebakaran pada September lepas.

“Kita menyediakan khemah untuk mereka meneruskan perniagaan di kawasan parker pasar besar itu, namun ini mengakibatkan timbulnya masalah parkir yang teruk dalam kalangan pelanggan.

“Kita bersimpati kepada peniaga terbabit dan mengambil keputusan mengecualikan mereka daripada membayar sewa…dengan langkah ini kita harap dapat meringankan sedikit beban peniaga terbabit,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke pasar tersebut di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban Datuk Abd Halim Abd Latif.

Aminuddin berharap apabila kerja-kerja baik pulih dan naik taraf tingkat atas pasar besar itu selesai, perniagaan di situ akan kembali pulih serta pasar besar itu kembali menjadi tumpuan pelancong memandangkan infrastruktur yang disediakan di situ bertaraf kompleks beli-belah.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerja-kerja tersebut kini siap 70 peratus dan dijangka selesai sepenuhnya hujung tahun ini bagi membolehkan peniaga dapat berpindah pada Januari 2019 serta mula beroperasi sebelum Tahun Baharu Cina.


Sementara itu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat memaklumkan akan berada di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Sikamat di Taman Megaway, Sikamat di sini pada setiap Jumaat bermula 10 pagi hingga 12.30 tengah hari, mulai hari ini.

“Oleh itu, mereka yang ingin berjumpa saya boleh datang ke pejabat PKM ADUN Sikamat pada hari berkenaan,” katanya.

Katanya wakil rakyat Pakatan Harapan lain turut mempunyai PKM di DUN masing-masing serta bersedia ditemui pada hari yang ditetapkan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan

Kategori