Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pertama Kali 2 Serpihan...

BUAT julung kalinya, dua serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, dipamerkan kepada orang ramai...

Lelaki Maut Kereta Dipandu...

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki bersama rakan terbabas dan...

Apahal Lan Pet Pet...

KUALA LUMPUR - Video pelawak popular, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai...

Permaisuri Zahir Sukacita, Bangga...

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita...

Penjara Pengkalan Chepa Sesak

KOTA BHARU – Bilangan penghuni Penjara Pengkalan Chepa di sini, meningkat hampir 100 peratus melebihi kapasiti, sekali gus menyebabkan kesesakan banduan.

Pengarah Penjara Kelantan, Timbalan Komisioner Penjara Hamzani Che Ibrahim, berkata seramai 2,998 banduan menjalani hukuman di penjara itu berbanding kapasiti yang hanya mampu menampung 1,500 orang.

“Di Malaysia, Penjara Pengkalan Chepa yang beroperasi sejak 1951 adalah antara yang memiliki bilangan banduan tertinggi.

“Kita akan memperkukuh tahap keselamatan penjara dengan meningkatkan prasarana keselamatan.

“Kita sudah buat permohonan dan ibu pejabat dalam perancangan membina pagar ‘kalis panjat’ dan kamera litar tertutup (CCTV),” katanya pada sidang media Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa di sini.

Penolong Komisioner Penjara Mat Yaacob dilantik sebagai Pengarah Penjara Pengkalan Chepa menggantikan Penolong Kanan Komisioner Kamarul Alam Taib.

Hamzani berkata, pihaknya menjalankan pelbagai program termasuk sistem parol dan pusat kehadiran wajib (PKW) untuk mengurangkan kapasiti di penjara terbabit.


“Seramai 100 banduan menjalani parol ketika ini dan kita bekerjasama dengan FELDA dengan menempatkan banduan bekerja dalam sektor perladangan di Felda Chiku, Gua Musang.

“Usaha ini dapat mengatasi masalah kesesakan di penjara itu,” katanya.

Beliau berkata, Penjara Pengkalan Chepa menjadi model melaksanakan Peraturan Bangkok dalam memberi layanan kepada banduan wanita mengikut hak asasi di penjara.

Katanya, sebelum ini sistem digunakan ialah ‘Peraturan Mandela’ namun diubah kepada model Peraturan Bangkok untuk memberi layanan dengan mengambil kira hak asasi wanita di penjara.

“Penjara Pengkalan Chepa sudah 90 peratus mengikut model ini sejak tahun lalu, termasuk memiliki doktor wanita untuk memberi rawatan cuma kita kekurangan dari segi infrastruktur,” katanya. – BhOnline

Kategori