Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

59 Ekor Penyu Agar...

DUNGUN - Jabatan Perikanan Terengganu merekodkan sebanyak 59 ekor penyu agar mati di...

Anak Kurang Ajar !...

ALOR SETAR - Berang kerana perbuatannya memukul isteri ditegur, penganggur bertindak kurang ajar...

8 Maut Tiga Letupan...

JALALABAD - Seramai lapan orang maut manakala puluhan lain cedera selepas beberapa letupan...

SPRM Tahan Suami Pegawai...

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan suami kepada Penolong...

Penjawat Awam Perlu Berhati-Hati Terima Hadiah

KAJANG – Penjawat awam perlu berhati-hati apabila menerima hadiah daripada pihak lain kerana undang-undang sedia ada boleh menyabitkan perbuatan berkenaan sebagai rasuah, kata Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jamil Mohd Dahlan.

Ia adalah satu kategori rasuah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang sering tidak diendahkan penjawat awam, berkemungkinan kerana mereka tidak mengetahui atau tidak jelas tentang intipati yang diperlukan untuk membolehkan mereka dituduh, katanya.

“Ia sebenarnya adalah kes yang sangat mudah dibuktikan kerana tiga intipati saja diperlukan iaitu pegawai awam yang menerima hadiah, menerima hadiah yang bernilai dan menerima hadiah itu daripada orang yang mempunyai urusan rasmi.

“Saya berharap penjawat awam lebih berhati-hati kerana ada sesetengah daripada mereka bukan saja menerima hadiah tetapi mengambil gambar hadiah itu,” katanya pada forum ‘Hidup Penuh Erti Tanpa Rasuah dan Dadah: Perspektif Integriti’ di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK), di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah AADK Datuk Dr Abd Halim Mohd Husin berkata ketagihan dadah sudah dikategorikan sebagai penyakit dengan Kementerian Kesihatan turut membantu untuk memulihkan penagih-penagih ini.

Di Malaysia, menurutnya terdapat dua pendekatan iaitu menggunakan pendekatan spiritualiti serta pendekatan menggunakan pemulihan dan perubatan.


Dr Abd Halim berkata negara kini berhadapan dengan penagihan dadah melibatkan ketidakfungsian psikologi akibat pengambilan bahan kimia yang merosakkan sistem saraf dan Kementerian Kesihatan sememangnya berusaha mempelajari amalan-amalan negara luar dalam menggunakan pendekatan perubatan.

“Kita juga melihat kepada penagih yang mengalami psikologi tidak stabil yang menyebabkan mereka mengalami halusinasi, skizofernia dan paranoid… yang tentunya memerlukan mereka dibantu,” katanya.

Menurut statistik AADK, jumlah penagih yang dikesan mengikut status kes dari Januari hingga Mei tahun ini ialah sebanyak 6,435 kes penagih baharu dan 2,656 kes berulang, mencatatkan pengurangan berbanding tempoh sama pada 2017, iaitu 7,982 penagih baharu dan 3,332 penagih berulang. – BERNAMA

Kategori