Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Promosi Hebat! Tawan Taiwan...

HI everyone! Ingin melancong? Inginkan percutian bersama keluarga yang santai? Tak tahu destinasi...

Terima Kasih “Frontliners” LHDNM

SEBUT sahaja tentang "frontliners" kerap muncul dalam fikiran pasti petugas kesihatan, polis atau...

Tunku Idris Rasmi Perpustakaan...

JOHOR BAHRU - Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim hari ini...

Jaclyn Victor, Shawn Bakal...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada juara bintang realiti Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor...

Penjenamaan Bas Muafakat Johor Kepada Bas Harapan Johor

MUAR – Perkhidmatan Bas Harapan Johor yang disediakan secara percuma kepada rakyat negara ini kini diperluaskan dari Terminal Maharani Muar ke Pagoh.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, perkhidmatan tersebut telah bermula pada awal bulan ini melalui Bukit Pasir dan Bandar Universiti sebelum berakhir di pekan Pagoh.

“Dua buah bas yang menyediakan lapan trip sehari itu akan melalui tempat-tempat tum­puan utama seperti Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan Majlis Perbandaran Muar (MPM) bagi memudahkan orang ramai.

“Pelajar-pelajar di Bandar Universiti juga berpeluang menggunakan perkhidmatan itu secara percuma untuk mereka ke Bandar Muar,” katanya kepada pemberi­ta selepas melancarkan Penjenamaan Bas Harapan Johor dan Perluasan Laluan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Mengulas lanjut, Osman berkata, Bas Harapan Johor dari Terminal Maharani juga akan diperluas ke laluan Sungai Mati, Bukit Gambir, Panchor, Bandar Universiti dan Pekan Pagoh tidak lama lagi.

Kata beliau, laluan itu pula akan membabitkan sebuah bas dengan tiga trip sehari.


“Kos bagi kedua-dua laluan ini membabitkan lebih RM1.2 juta yang disediakan kerajaan negeri bagi meringankan beban hidup masyarakat terutamanya golo­ngan B40 di kawasan terlibat.

“Di samping itu, satu perkhid­matan bas ekspres dari Bandar Universiti Pagoh terus ke Larkin Sentral akan diwujudkan bagi memudahkan mahasiswa ke selatan tanah air,” katanya.

Terdahulu, Bas Muafakat Johor yang diperkenalkan oleh Mantan Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin mempunyai 3 laluan di Muar iaitu dari terminal Maharani – Tg Agas – Hospital Pakar Sultanah Fatimahh – Stadium Mini Sultan Ibrahim. Laluan kedua turut bermula dari Terminal Maharani – Parit Setongkat – Taman Tun Dr Ismail – Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Manakala laluan ketiga bermula dari terminal maharani – Bakri – Kg Jeram – Terminal Maharani.

Rata – rata netizen mengecam penjenamaan semula Bas Muafakat Johor kepada Bas Harapan Johor kerana berunsurkan politik. Muafakat Johor sudah sinonim dengan rakyat Johor yang menunjukkan perpaduan Bangsa Johor apatah lagi slogan muafakat Johor itu telah diterima ramai sejak dari dahulu lagi.

Logo Bas Harapan Johor juga menyamai logo Pakatan Harapan. Ternyata ianya adalah logo yang bermodalkan politik. – johorpress.com

Kategori