Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sarawak Rayu Individu Terlibat...

KUCHING - Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim...

Bandaraya Kuching Diisytihar Bandaraya...

KUCHING - Tanggal 1 Ogos ini, bakal menyaksikan sejarah tercipta di Bumi Kenyalang...

Pelakon Gerak Khas ‘Takde...

TAK tau apa ada dalam fikiran pelakon baru yang juga bekas peserta Mentor...

587 Mangsa Banjir K.Selangor...

KUALA SELANGOR - Sebanyak 587 mangsa banjir masih ditempatkan di tujuh pusat penempatan...

Penunggang Motosikal Yang Ditahan Bonceng Mayat!

SEBUAH video menunjukkan seorang penunggang motosikal ditahan polis tular dan menjadi perbualan di media sosial.

Penunggang motosikal itu ditahan kerana kesalahan kerana membawa dua pembonceng dan ditunggang pada kelajuan tinggi.

Sebaik sahaja ditahan, polis mendapati salah seorang daripada pemboncengnya berada dalam keadaan terkulai.

Apabila ditanya, penunggangnya mengaku bahawa lelaki berkenaan sudah mati.

Peristiwa itu dirakam oleh salah seorang anggota polis pada Isnin, sekitar pukul 11 pagi di Tanjung Jabung Timur, Jambi, Indonesia.

Ketika itu empat anggota sedang melakukan rondaan rutin dan ternampak sebuah motosikal ditunggang laju memotong kereta peronda.

Penunggang motosikal berkata mayat lelaki itu mahu dibawa pulang ke rumah.

“Sebelum itu lelaki berkenaan sakit dan dibawa menaiki motosikal dari Desa Pematang Rahim, Kecamatan Mendagara Ulu, menuju rumahnya di Kampung Laut, Kecamatan Kuala Jambi.


“Tetapi, dalam perjalanan dia meninggal dunia,” kata ketua Polis Trafik Tanjung Jabung Timur, Tesmirizal kepada Kompas yang turut mengesahkan posting tular itu.

Jenazah lelaki berkenaan, H Kade terus dihantar ke rumahnya dengan kereta peronda, yang jaraknya 20 kilometer dalam keadaan jalan yang berlubang dan berdebu.

Tiada saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal dan tindakan mereka menerima pujian dalam talian.

Beberapa komen menyatakan insiden ini harus menjadi peringatan kepada kerajaan betapa pentingnya pengangkutan hospital percuma atau murah di Indonesia, terutama bagi golongan miskin. – mStar Online

Kategori