Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

TPPA Tidak Harus Menjejaskan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memastikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak menjejaskan kedaulatan...

Hairul, Hanis Bercuti Di...

SESIAPA yang mengikuti perkembangan keluarga bahagia ini, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tentu...

Malala Yousafzai Terpanggil Bantu...

LONDON - Pemenang Hadiah Nobel Keamanan Malala Yousafzai terpanggil untuk meluahkan pandangannya bagi...

‘Peguam Doktor Tentera Suruh...

KUALA LUMPUR - Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony...

Perincikan Kaedah Terbaik Atasi Masalah Setinggan Di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan mengkaji dan memperincikan kaedah terbaik untuk menyelasaikan masalah perkampungan setinggan di Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apadal.

Beliau berkata kerajaan akan mangambil pendekatan jangka pendek dan panjang untuk menyelasaikan masalah perkampungan setinggan yang ada di negeri ini.

“Kita tidak mahu semakin ramai penduduk tempatan yang tinggal di kawasan setinggan…ini bukan sahaja (perkampungan setinggan) di Kota Kinabalu, tetapi banyak juga perkampungan setinggan di kawasan lain seperti di Sandakan dan Tawau.

“Kerajaan akan cuba mengatasi masalah ini dan kita sedar untuk menyelasaikan perkampungan setinggan ini memakan masa dan tidak boleh diselesaikan dalam masa setahun atau dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Cenderamata Dua, Likas yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Likas, dekat sini hari ini.

Dalam kebakaran kira-kira pukul 2.30 petang semalam itu, sekurang-kurangnya 150 buah rumah musnah dijilat api.


Mohd Shafie berkata kebakaran itu melibatkan kira-kira 700 mangsa yang mana seramai 600 orang adalah penduduk tempatan.

“Kerajaan akan membantu mangsa berkenaan terutamanya dalam tempoh jangka pendek…kita perlu pindahkan mereka ke tempat yang lebih selesa dan sesuai disebabkan dewan ini sempit dan tidak selesa.

“Apa yang penting kita perlu pastikan keselamatan dari segi kesihatan. Kita mahu anak-anak dan orang tua yang memerlukan perhatian dari segi perubatan diberikan tumpuan dan saya telah arahkan kementerian kesihatan peringkat negeri untuk menguruskan perkara itu,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori