Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sarawak: Jumlah Mangsa Banjir...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di bahagian Kuching, Serian dan...

Mayat Lelaki Dibunuh Terlentang...

ISKANDAR PUTERI – Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh, dijumpai dalam keadaan terlentang oleh...

Mahathir Setuju Tangguh Mansuh...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohammad bersetuju menangguhkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan...

Penyeluk Saku Warga Vietnam...

DUA penyeluk saku warga asing yang aktif di sekitar pusat membeli belah Kuala...

Persiapan Kontinjen Negara Ke Sukan Asia Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR – Berbaki 25 hari menjelang perasmian temasya sukan kedua terbesar di dunia, persiapan kontinjen negara dilihat berjalan lancar dengan kesemua aspek antaranya jumlah atlet, perkampungan atlet dan isu keselamatan dibincangkan pada Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan Asia hari ini.

Ketua kontinjen negara ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohamad Zabidi mengesahkan sejumlah 426 atlet akan membawa cabaran negara di Jakarta dan Palembang bermula 18 Ogos hingga 2 Sept ini, sambil dibantu 147 pegawai.

“Saya berbincang dengan pegawai keselamatan kita yang berada di kedutaan Malaysia di Jakarta, antara perkara kita pohon supaya atlet kita tidak diprovokasi dan melakukan provokasi sewaktu memenangi sesuatu acara.

“Jika menang, bersoraklah, tapi jangan sehingga menjolok mata pihak tertentu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan, di Wisma OCM, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata selain aspek tersebut, perkara mengenai jumlah acara yang bakal disertai, urusan pengangkutan, jadual pertandingan serta penekanan daripada Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) turut dibincangkan.

“Kita akan mengambil bahagian dalam 35 daripada 40 jenis sukan, 49 dari 67 jenis disiplin dan 207 daripada 463 jenis acara. Hanya lima sukan kita tidak hantar wakil antaranya gusti, tenis dan besbol,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azim berkata masih tiada gambaran terkini mengenai nasib skuad sepak takraw negara berhubung kesilapan tuan rumah, Indonesia, yang tidak menyenaraikan Malaysia dalam acara regu lelaki pada majlis undian yang berlangsung di Jakarta awal bulan ini.

Beliau berkata Majlis Olimpik Asia (OCA) sudah mengetahui perkara itu dan mereka sedang meneliti rayuan yang dikemukakan.

“Sebenarnya tiada perkembangan baru, OCA akan meminta dokumen daripada kita dan mereka juga akan meminta dari Indonesia dan ASTAF (Persekutuan Sepak Takraw Asia) dan akan meneliti daripada situ,” katanya.

Semalam, Abdul Azim yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata sekiranya tiada penyelesaian, MOM akan mengemukakan rayuan kepada Panel Timbang Tara yang akan bermesyuarat sebelum Sukan Asia berlangsung.


Penyertaan regu lelaki di Sukan Asia 2018 semakin kabur apabila Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) telah mengedarkan jadual perlawanan sepak takraw kepada negara peserta malam tadi tanpa menyenaraikan skuad negara dalam acara berpotensi meraih pingat emas itu.

Sebaliknya, skuad lelaki negara kekal menyertai acara berpasukan regu dan beregu berpasukan dengan saingan sepak takraw yang berlangsung di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang akan bermula dari 19 Ogos hingga 2 Sept.

Sementara itu, Pengarah ADAMAS, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz bertekad untuk memastikan semua atlet negara yang akan bersaing di Sukan Asia 2018 bersih dan bebas daripada isu doping.

“Kadang-kadang benda kecil seperti suplemen diberi ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak disangka itu boleh menyebabkan mereka (atlet) terjebak dengan doping,” katanya.

Beliau menjelaskan pada masa ini, sudah 23 peratus daripada jumlah jenis sukan dan 40 peratus daripada bilangan atlet sudah menjalani ujian saringan doping dan ada juga atlet yang masih belum berkesempatan melakukan ujian kerana berlatih di luar negara.

“Setiap atlet (acara individu) akan tetap diuji manakala atlet berpasukan akan diuji secara pilihan ataupun rawak.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk memberi penekanan kepada atlet berlatih di luar negara yang mana mereka tidak akan balik ke Malaysia, jadi kita akan aturkan untuk mereka diuji di luar negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori