Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Belum Dimaklum Berhubung...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum dimaklumkan mengenai sebarang tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak...

Tony Fernandes Janji Iringi...

Biarpun belum ada pengesahan rasmi mengenai identiti mayat yang memakai pakaian seragam pramugari...

Pusat Pemindahan Labuan Ditutup...

LABUAN - Pusat pemindahan sementara Balai Bomba Layangan yang menempatkan 41 mangsa banjir...

Ikrar Perjuang Hak Dan...

KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam‎ Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berikrar untuk terus...

Peserta PDIT 2018 Ditemukan Terapung Di Tanjung Tuan

PORT DICKSON – Peserta Port Dickson International Triathlon (PDIT) 2018 warga Hong Kong yang dikhuatiri lemas selepas menyertai acara renang semalam, dilaporkan dijumpai terapung satu batu nautika dari lokasi kejadian pada 7.55 pagi tadi oleh nelayan tempatan yang keluar menangkap ikan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata pihaknya kemudian ke tempat mangsa ditemukan berhampiran Tanjung Tuan pada 8.14 pagi sebelum membawanya naik ke pantai Batu 6 kira-kira 8.30 pagi tadi.

“Identiti mangsa disahkan anggota keluarganya dan kita serahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) pada 8.40 pagi tadi bagi proses bedah siasat,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HPD di sini, hari ini

Beliau berkata pada peringkat awal kejadian yang berlaku kira-kira 11.55 pagi semalam, pihaknya mencari mangsa di sekitar satu hingga dua batu nautika tempat kali terakhir mangsa dilihat, namun gagal ditemukan.

“Pihak bomba mula bergerak keluar dari lokasi kejadian lebih kurang 12.00 tengah malam tadi dengan kekuatan 15 anggota bersama dua bot dan dua jet ski,” katanya.


Norazam berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang turut disertai Pasukan Penyelamatan di Air, Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Majlis Perbandaran Port Dickson dihentikan pada pagi tadi.

Semalam, peserta triathlon dikenali sebagai Yuen Chi Yuen, 42, warga Hong Kong dilaporkan hilang apabila mangsa gagal melaporkan diri kepada urusetia selepas menyertai acara berkenaan

Selain Yuen, seorang lagi peserta PDIT 2018 Tharm Wei Wong, 39, yang berasal dari Pulau Pinang lemas di pantai Port Dickson ketika menyertai acara renang. – BERNAMA

Kategori