Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tetamu Tidak Diundang Ancam...

STESEN Angkasa Antarabangsa (ISS) dilaporkan menerima 'tetamu' tidak diundang yang berupaya membawa penyakit,...

Tiga Pelajar Baling Mercun...

KOTA BHARU - Tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini, yang dipercayai...

BERSATU Akui Undi Golongan...

MUAR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengakui bahawa pihaknya sukar untuk meramal...

Kerajaan Negeri Sumbang 8,000...

ISKANDAR PUTERI : Kerajaan negeri menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)...

Pesta Durian Sg Kandis Dedah Pemikiran Lama PKR

WALAUPUN Malaysia sekarang ini disebut-sebut sebagai “Malaysia baharu” oleh Pakatan Harapan (PH) dan penyokong, perangai lama masih kuat dalam amalan politik parti kerajaan.

Pesta durian percuma yang dirancang sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis di Selangor menunjukkan parti politik masih tidak memandang berat isu etika dan moral dalam proses pilihan raya.

Tempoh hari, kumpulan pemantau pilihan raya, Bersih menyelar tindakan sebuah koperasi berkaitan kerajaan Selangor yang dipimpin PKR sendiri.

Menjelang PRK pada 4 Ogos ini, calon PKR mewakili PH, Zawawi Mughni bersaing dengan calon Barisan Nasional, Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas, Murthi Krishnasamy.

Calon PKR akhirnya bertindak memohon maaf dan cuba menjelaskan yang program itu konon dianjurkan tanpa memikirkan kebetulan ada PRK tersebut dan dirancang pihak yang tidak berkaitan.

“Kita setuju apa yang diutarakan oleh Bersih dan saya difahamkan program ini telah ditangguhkan selepas PRK dan ia sebenarnya bukan anjuran kami, bilik gerakan dan parti.

“Ia sebenarnya diadakan di luar kawasan DUN Sungai Kandis yang mana ia berada di DUN Kota Kemuning.

“Ada pihak tertentu menganjurkan program tanpa menghubungi kami dan kemudian mereka menyebarkan.


“Jadi, saya rasa salah faham ini tidak wajar berlaku lagi,” dalihnya dilapor media.

Kenyataannya dilihat sebagai alasan yang mudah kerana promosi program itu jelas memaparkan gambar calon PKR dan Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari.

Program itu pasti akan memberi keuntungan kepada PKR kerana pemberian percuma durian, buah kegemaran Malaysia yang sentiasa menjadi buruan orang ramai.

Pelaksanaan program itu hanya dihentikan selepas dikritik oleh Bersih dan mendapat liputan media yang pro-PH.

Selama ini, pihak PH sendiri yang sentiasa lantang mengecam sebarang pemberian oleh pihak lawan politiknya sebagai “dedak” dan rasuah, termasuk bantuan yang diberikan pada bukan masa pilihan raya. – Mynewshub.tv

Kategori