Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mayat Lelaki Ditemui Lemas...

IPOH - Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak ketika sedang...

Orang Asli Kuala Koh:...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah...

Allah Bagi Petunjuk, Ada...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz menyelar...

Gegaran Akibat Gempa Bumi...

MIRI - Lebih 100 pekerja daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri bergegas keluar...

PH Buat Akaun Bank Palsu ‘Bebas Najib’

BONGKAR… Sudahlah bertindak zalim sengaja beku akaun bank anggota keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk cucunya, jentera kerajaan Pakatan Harapan (PH) pula bertindak lebih biadab.

Terbaharu, setelah mereka menyedari sentimen rakyat Malaysia mulai menyokong bekas perdana menteri itu, askar siber PH melancarkan akaun palsu yang konon sebagai tabung bagi membayar ikat jamin Najib pada Isnin depan.

Namun taktik jahat mereka ‘kantoi’ setelah beberapa penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) terkejut apabila mendapati nombor akaun dinyatakan itu sebenarnya Tabung Harapan Malaysia yang dikendalikan kerajaan PH.

Walhal ia sepatutnya tertera nama Tabung #FreeNajib (SolidarityNAJIB) yang diuruskan secara sukarela oleh Kelab Belia Berkhidmat dan ia baru sahaja dilancarkan badan bukan kerajaan pro-UMNO itu di ibu negara sejak semalam.

Inisiatif berkenaan dilakukan kerana semua akaun Najib dan ahli keluarganya telah dibekukan kerajaan PH konon ada kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad selain akaun UMNO dan ramai individu dalam parti itu.


Justeru Pengerusi Sekretariat Solidariti DS Najib Razak, Datuk Mohd. Razlan Rafii meminta orang ramai agar lebih berwaspada kerana pihak kelab berkenaan hanya menggunakan CIMB Bank dengan nombor akaun 8601952060.

Setakat ini, tabung khas untuk bayar ikat jamin tokoh UMNO tersebut kini sudah lebih RM100,000 dan setelah cukup RM500,000, wang itu akan dibawa terus ke Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin depan. – Mynewshub.TV

Kategori