Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerugian Forex: Kit Siang...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bermain politik apabila menawarkan diri...

SSM Menegaskan Tidak Terlibat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menegaskan pihaknya tidak pernah bersekongkol dengan...

GHB Bakal Jadi Parti...

KUALA LUMPUR - Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dipelopori bekas pemimpin PAS yang...

Polis Marin Gagalkan Cubaan...

JOHOR BAHRU - Seorang tekong darat dan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

PH Perlu Dikalahkan Dalam PRK Sungai Kandis

KUALA LUMPUR – PAS menyifatkan terdapat pelbagai faktor mengapa Pakatan Harapan (PH) perlu dikalahkan dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini, kata Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, antara faktor itu ialah PH masih gagal menunaikan janji Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) seperti menghapuskan tol, menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang peneroka FELDA.

“PH mesti dikalahkan dalam PRK Sungai Kandis. Ia juga sebagai isyarat rakyat tidak mahu dipermainkan lagi dengan kegagalan PH menunaikan janji PRU lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiga calon bakal berentap dalam PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini membabitkan pertembungan di antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta calon Bebas, K Murthy.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis kosong selepas kematian wakil rakyatnya Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai.

Pada PRU-14 lalu, Mat Shuhaimi daripada PKR memenangi kerusi itu dengan 23,998 undi selepas menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang Dewan Rakyat minggu lalu menegaskan manifesto pilihan raya PH dalam PRU-14 bukan kitab suci, tetapi sekadar panduan dan PH sedia menanggung dosa jika gagal menunaikan manifesto berkenaan.

Nasrudin berkata, faktor lain mengapa PH perlu dikalahkan ialah kerajaan PH sebagai tidak seimbang, bersikap perkauman dan terlalu membuka jalan kepada persendaan Islam serta wujud suara mengundang keresahan umat Islam semakin marak bebas dan tidak diambil tindakan yang wajar oleh pihak kerajaan PH.


Tambah beliau, terdapat individu yang didakwa menyokong gerakan pengganas menjadi pemimpin kerajaan dan dominasi DAP yang sangat skeptikal terhadap perjuangan Islam dalam PH.

“PAS tidak menghantar calon kerana mahu memastikan PRK Sungai Kandis menyaksikan hanya satu lawan satu supaya undi pembangkang tidak pecah dan PH mudah ditewaskan.

“Justeru, beraksi di pentas demokrasi dan menghormati hak memilih, maka pengundi diseru supaya menolak PH dalam PRK Sungai Kandis. Anda mempunyai 1001 sebab untuk menewaskan PH dalam PRK Sungai Kandis,” katanya.

Nasrudin berkata, kekalahan PH dalam PRK Sungai Kandis adalah untuk menyentak lamunan mereka yang masih asyik dengan kuasa dimiliki supaya dapat menunaikan janji pilihan raya dan tidak membohongi rakyat. – Berita Harian

Kategori