Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PKS Sambut Baik Pemansuhan...

PETALING JAYA - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lega dengan keputusan Kabinet memansuhkan...

Tak Mesra, Anggota Polis...

SEKUMPULAN anggota polis di bandar Xi'an, China diberikan latihan khusus gara-gara terdapat banyak...

UMNO Sedia Hadapi ‘Bapa...

KUALA LUMPUR – Laungan Hidup UMNO!, Hidup BN, Hidup Malaysia! bergema di Dewan...

Usaha Terengganu Bantu Pondan...

KUALA TERENGGANU - Pendekatan berhikmah yang digunakan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menyantuni golongan...

Piala AFF B-19: Singkir Indonesia, Mara Ke Final

SYABAS… Pasukan negara mara ke final Piala AFF Bawah 19 Tahun (B-19)selepas menewaskan Indonesia 3-2 menerusi penentuan penalti dalam saingan separuh akhir pada Khamis malam.

Skuad B-19 yang dibimbing oleh Bojan Hodak itu berjaya mengheret tuan rumah ke penentuan penalti selepas terikat seri 1-1 dalam tempoh permainan sebenar.

Lebih penting, skuad muda negara ini berjaya mengekal fokus biarpun tuan rumah mendahului jaringan yang menyaksikan Stadium Gelora Delta, Sidoarjo dipenuhi dengan ribuan penyokong Indonesia.

Kemenangan ke atas pasukan Garuda Muda ini menyaksikan skuad Harimau Muda itu kekal dengan rekod bersih ke final seperti aksi pada tahun lalu.

Malaysia bakal berdepan dengan juara dua kali (2003,2005) Myanmar di pentas akhir Sabtu ini.

Sebagai rekod, pasukan B-19 negara tidak pernah merangkul gelaran juara selepas lima kali (2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017) muncul sebagai naib juara. – mStar Online

Kategori