Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Langgar Pejalan Kaki Hingga...

INI namanya gila. Selepas melanggar seorang pejalan kaki dengan keretanya, seorang wanita bukannya membantu...

Kerajaan Yakin Sasaran KDNK...

KUALA LUMPUR - Kerajaan yakin sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara...

Wartawan Penyiasat Disiksa Sebelum...

Mexico - Seorang wartawan penyiasat, Ruben Espinosa yang melarikan diri dari rumahnya ke...

PLUS Gandakan Pasukan Bantu...

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengambil tindakan penambahbaikkan berhubung maklum...

Pilih Calon Yang Punyai Rekod Baik – MB Selangor

KLANG – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dinasihati agar memilih calon yang mempunyai rekod baik dalam membela kebajikan mereka.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ini bagi memastikan calon berkenaan dapat berkhidmat sebagai wakil rakyat yang baik sekali gus meneruskan tugasnya menjaga kepentingan rakyat.

“Calon (Pakatan Harapan pada) Pilihan Raya Kecil (PKR) DUN Sungai Kandis adalah calon yang mempunyai rekod terbaik dan banyak berjasa pada penduduk kawasan Sungai Kandis.

“Calon kita Mohd Zawawi Ahmad Mughni bukan orang asing kepada penduduk setempat… beliau telah lama berkhidmat kepada penduduk termasuk mewujudkan pusat perlindungan kepada golongan wanita di sini,” katanya ketika berucap pada ceramah calon pilihan raya daripada PKR itu di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah PRK DUN Sungai Kandis Dr A. Xavier Jayakumar dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Amirudin yang juga Pengarah PRK berkenaan berkata pilihan raya itu merupakan medan terbaik untuk membuktikan kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang sememangnya diterima rakyat.


Sementara itu, Mukhriz menyifatkan kenyataan Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang meramalkan lebih banyak PRK selepas ini termasuk di Parlimen Langkawi, adalah tindakan tidak wajar.

“Kenyataan itu tidak patut diungkap oleh mana-mana orang, soal ajal bukan di tangan kita, silap-silap yang bercakap itu pergi dahulu,” katanya.

Semalam Annuar yang juga Setiausaha Agung UMNO dalam satu ucapan pada satu majlis di sini meramalkan lebih banyak PRK akan berlaku dan menganggap ia sebagai satu hikmah kepada BN. – BERNAMA

Kategori