Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pembaca Iktiraf Asam Laksa...

ASAM laksa daripada kiosk makanan Ah Cheng Laksa telah diiktiraf sebagai asam laksa...

17 GRO Warga Asing...

IPOH - Polis menahan 17 gadis warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan...

PRK Sandakan: Proses Undi...

SANDAKAN - Proses pengundian awal PRK Parlimen Sandakan melibatkan seramai 270 pengundi awal...

Melaka Berdepan Krisis Air...

ALOR GAJAH : Kerajaan negeri serta Kementerian Alam Sekitar dan Air digesa menyegerakan...

PLKK Bantu Belia Orang Asli Tingkatkan Taraf Ekonomi

SEREMBAN – Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) adalah antara inisiatif kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk mendekati masyarakat Orang Asli dari segi meningkatkan taraf ekonomi golongan berkenaan.

Pengarah JAKOA Negeri Sembilan/Melaka, Haslin Abdul Razak berkata keberkesanan PLKK akan melahirkan masyarakat Orang Asli yang mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka melalui kerjaya dan dalam masa sama meningkatkan daya saing serta mengukuhkan modal insan.

“Matlamat kerajaan bukan hanya mampu meningkatkan taraf kehidupan rakyat tetapi juga menyediakan tenaga kerja berkemahiran selaras dengan keperluan pembangunan negara pada masa hadapan.

“PLKK sebagai salah satu medium melahirkan belia Orang Asli yang berkemahiran dibawa kerajaan perlu dimanfaatkan sebaiknya demi masa depan lebih cerah dalam kalangan masyarakat itu,” katanya pada majlis perasmian Jerayawara PLKK JAKOA Negeri Sembilan/Melaka oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan Ismail Ahamd di sini, hari ini.

Haslin berkata golongan belia tidak seharusnya memilih untuk tidak mahu mengambil enteng atau mengambil pusing segala dasar dan agenda pembangunan yang dirancang kerajaan hari ini.

Beliau berkata golongan belia adalah komponen terpenting dalam sesebuah masyarakat dan belia Orang Asli adalah tidak terkecuali.

Mengenai jerayawara itu, beliau berkata PLKK merupakan satu peluang amat baik untuk belia Orang Asli bagi mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan.


“Sebanyak 15 syarikat dilantik melibatkan 15 kursus pada PLKK tahun ini dan antara kursus itu ialah perhotelan, minyak dan gas, asuhan kanak-kanak, binaan dan kecantikan.

“PLKK menyediakan latihan kemahiran Tahap I dan II bertujuan bagi meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mereka mampu mendapat pekerjaan atau dapat mengusahakan perniagaan sendiri sekali gus memberi pendapatan lebih tinggi dan seterusnya mengeluarkan mereka serta keluarga daripada kemiskinan,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta kursus, Zairus Kedai, 19, dari Kampung Parit Gong, Simpang Pertang, Jelebu, berkata beliau mengambil kursus kecantikan kerana minat dalam bidang tersebut.

“Selepas tamat persekolahan pada 2015, saya pernah bekerja di sebuah kedai salon. Dengan pengalaman yang ada, saya ingin mengikuti kursus ini untuk mendalami bidang tersebut. Selepas tamat kursus ini, saya bercita-cita membuka kedai sendiri di tempat saya bagi menambah pendapatan keluarga,” katanya. – BERNAMA

Kategori